Nota fasilitator

Bahagian ini mengandungi nota rujukan buat fasilitator.

Fakta

Seks dan gender itu adalah berbeza

Seks dan gender merujuk kepada dua perkara berbeza. Seks atau jantina merujuk kepada ciri-ciri fizikal seseorang berkenaan seks, termasuklah genital atau alat kelamin dan anatomi reproduktif lain, kromosom serta hormon, dan ciri-ciri fizikal lain yang mungkin hadir disebabkan akil baligh.

Identiti gender pula merujuk kepada pengalaman mendalam yang dirasai oleh setiap individu berkenaan identiti gender mereka, yang mungkin atau mungkin tidak sepadan dengan identiti yang diberikan semasa lahir. Hal ini termasuklah perasaan mereka terhadap tubuh badan (yang mungkin melibatkan, jika dipilih secara bebas, pengubahsuaian penampilan atau fungsi badan melalui proses perubatan, pembedahan. atau cara lain) dan penzahiran gender menerusi, pakaian, pertuturan dan perbuatan atau pergerakan tubuh badan.

Adalah penting untuk memahami kedua-dua seks dan identiti gender. Perlu ditegaskan di sini bahawa tubuh badan kita tidak menentukan identiti gender kita.

'LGBT' bukan satu fenomena baharu

Individu LGBTIQ+ atau kepelbagaian gender, seks dan orientasi seksual adalah sebahagian Adaripada kepelbagaian alam semesta yang wujud selari dengan kejadian-kejadian lain. Kepelbagaian gender, seks dan orientasi seksual adalah satu kejadian yang normal.

Dokumentasi kepelbagaian ini boleh dilihat di seluruh dunia dengan menggunakan pelbagai nama. Sebagai contoh, kepelbagaian identiti dan ekspresi gender boleh dilihat melalui hijra di India atau fa'afafine dan fa'afatama di Samoa. Di Asia Tenggara, terdapat pelbagai dokumentasi kepelbagaian gender dan orientasi seksual. Sebagai contoh, manang bali, sida-sida, basir, balian dan sebagainya.

Perlu juga diingati bahawa penggunaan terma-terma mungkin lebih fleksible atau umum untuk merangkumi identiti lesbian, gay, biseksual, trans, interseks dan sebagainya. Kesedaran tentang limitasi bahasa seiring dengan peningkatan pemahaman tentang gender, seks dan orientasi seksual telah memberi ruang untuk memperkenalkan terma-terma baharu yang lebih sesuai.

Terma 'LGBTIQ' adalah terma moden. Walaupun demikian, kepelbagaian gender, seks dan orientasi seksual sememangnya telah lama wujud dalam, antara lain, bentuk, bahasa, serta budaya.

'LGBT' bukan satu bentuk 'gaya hidup' atau 'budaya'

Individu LGBT menerima impak yang besar akibat penggunaan dan penyebaran naratif 'mempromosikan gaya hidup atau budaya LGBT'. Naratif ini bukan sahaja boleh dilihat di Malaysia, malah di pelbagai negara.

Pertama sekali, naratif ini bersifat misinformation kerana ianya tidak berasaskan fakta atau bukti. Kepelbagaian gender, seks dan orientasi seksual adalah normal.

Keduanya, naratif ini mensalahtafsirkan kebebasan berekspresi individu LGBTIQ dengan 'mempromosi gaya hidup atau budaya LGBT'. Kesan daripada naratif ini amat meluas, terutamanya terhadap kebebasan berekspresi, akses kepada maklumat, perkhidmatan, sokongan sokong bantu dan sebagainya kerana perkara-perkara ini dilihat sebagai alat-alat untuk 'mempromosi LGBT'.

Realitinya, golongan heterosexual yang mempromosikan gaya hidup dan norma-norma heteroseksual serta cisgender sehinggakan apa-apa bentuk kepelbagaian manusia lain tidak dibenarkan sama sekali.

Mitos

Individu LGBT boleh diubah, atau kembali ke pangkal jalan

Mengubah individu orientasi seksual, identiti dan ekspresi gender serta ciri-ciri seks seseorang adalah satu bentuk pencabulan hak asasi manusia oleh sebab kesan jangka masa panjang terhadap individu LGBTIQ.

Idea yang seseorang itu 'menjadi LGBT' kerana kurang kasih sayang, penderaan seksual dan sebagainya adalah tidak benar atau berasaskan fakta atau bukti. Lebih penting lagi ialah idea-idea mengubah seseorang ditolak oleh badan-badan perubatan, hak asasi manusia dan lain-lain institusi kerana kemudaratannya yang tinggi serta ketiadaan fakta atau bukti untuk menyokong amalan ini.

Sebuah laporan berkenaan so-called 'conversion therapy' oleh Independent Expert on Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) menyatakan bahawa amalan mengubah orientasi seksual dan identiti gender sememangnya mengaibkan dan mendiskriminasi individu LGBTIQ+. Idea yang seseorang itu boleh diubah berakar umbi daripada kepercayaan bahawa individu LGBTIQ+ adalah lebih rendah dari segi kuasa atau taraf (inferior), dan mereka mestilah pada apa jua kos mengubah orientasi atau identiti mereka untuk membetulkan mereka. Laporan tersebut menegaskan bahawa amalan ini merupakan pencabulan hak kepada autonomi badan, kesihatan dan ekspresi bebas orientasi seksual dan identiti gender seseorang. Apabila dilakukan secara paksa, mereka juga merupakan pelanggaran terhadap larangan penyeksaan dan penganiayaan.

Individu interseks mempunyai dua jenis alat kelamin

Individu interseks lahir dengan ciri-ciri seks (termasuklah genital atau alat kelamin, gonad dan corak kromosom) yang di luar pemahaman binari tubuh badan lelaki dan perempuan. Interseks ialah terma payung yang digunakan untuk menjelaskan variasi tubuh badan yang pelbagai.

Genital atau alat kelamin kita adalah satu spektrum. Sekiranya kita letakkan vagina di satu hujung garisan, dan zakar di hujung garisan yang bertentangan, terdapat banyak lagi variasi alat kelamin yang berada di sepanjang garisan itu. Anggaplah alat kelamin kita sebagai bunga orkid – bukan hanya satu atau dua, malah lebih daripada itu!

Individu LGBT mengalami masalah mental, dan ini merupakan salah ibu bapa mereka.

American Psychological Association atau Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mengeluarkan homoseksualiti daripada Manual Statistik Diagnostik (DSM) pada tahun 1975, kerana "penyelidikan tidak menemui kaitan antara mana-mana orientasi seksual dan psikopatologi ini" dan "tingkah laku heteroseksual dan tingkah laku homoseksual adalah aspek normal manusia seksualiti.”

APA juga telah mengubah "gender identity disorder" dengan "gender dysphoria", dan membuat penjelasan penting lain dalam kriteria untuk mengurangkan stigma terhadap individu trans, non binary dan lain-lain lagi. Hal ini bukan sahaja lebih sesuai dan konsisten dengan terminologi seksologi klinikal yang biasa, ia juga menghilangkan konotasi bahawa pesakit "terganggu".

International Classification of Diseases atau Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11) mengalih keluar semua diagnosis yang berkaitan trans daripada bab kesihatan mental kerana 'bukti kini jelas bahawa ia bukan satu bentuk gangguan mental, dan sememangnya mengklasifikasikannya sebegitu boleh menyebabkan stigma yang besar bagi individu yang transgender, masih terdapat keperluan penjagaan kesihatan yang penting yang boleh dipenuhi sebaik-baiknya jika syarat tersebut dikodkan di bawah ICD.' Gender incongruence kini diklasifikasikan semula di bawah keadaan kesihatan seksual dalam ICD-11.

Last updated