Metodologi

Cara pengendalian aktiviti

  1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil.

  2. Minta setiap kumpulan untuk tuliskan dalam kertas kecil seberapa banyak istilah yang mereka tahu berkaitan dengan SOGIESC. Ingatkan para peserta untuk gunakan satu kertas untuk satu istilah.

  3. Kemudian minta para peserta untuk mengkategorikan istilah yang mereka tulis mengikut kategori berikut di atas kertas mahjong:

  • Orientasi seksual

  • Identiti gender

  • Ekspresi gender

  • Ciri-ciri seks

  1. Fasilitator juga boleh meminta para peserta untuk menandakan istilah-istilah yang membawa maksud negatif, melecehkan atau menghina.

  2. Setiap kumpulan dijemput untuk membentangkan perbincangan mereka. Pembentangan boleh dibuat mengikut kumpulan atau mengikut kategori. Sebagai contoh, fasilitator boleh meminta semua kumpulan untuk membentangkan ciri-ciri seks dan identiti dalam kategori tersebut.

Perbincangan

Dalam perbincangan aktiviti ini, fasilitator boleh mengemukakan soalan-soalan berikut:

  • Adakah sifat atau ciri-ciri yang dikenalpasti hanya eksklusif untuk lelaki atau perempuan sahaja?

  • Dari manakah datangnya idea-idea ini? Adakah idea-idea ini selari dengan realiti kehidupan kita dan realiti berkenaan kepelbagaian?

  • Apakah tubuh badan, identiti dan ekspresi kita hanya terhad kepada dua model (model perempuan dan model lelaki) sahaja?

  • Apakah kesan daripada idea-idea ini di dalam kehidupan seharian, persepsi umum dan adakah ia mempengaruhi penggubalan polisi dan undang-undang?

Dalam perbincangan betulkan maklumat yang tidak tepat. Seterusnya, perkenalkan konsep stereotaip, konstruk sosial, dan binari. Akhir sekali, rumuskan perkara-perkara penting.

Last updated