Metodologi

Cara pengendalian aktiviti

  1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil.

  2. Setiap kumpulan diberi dua helai kertas mahjong, pen penanda, majalah, gunting, dan gam

  3. Setiap kumpulan ditugaskan untuk melukis sosok seorang lelaki dan seorang perempuan atas setiap kertas mahjong.

  4. Kemudian, mereka diminta untuk menulis, melukis atau menampal gambar-gambar daripada majalah ke atas kertas mahjong untuk menerangkan sifat-sifat seorang lelaki dan seorang perempuan.

  5. Setelah siap, setiap kumpulan dijemput untuk membentangkan hasil kerja dan perbincangan mereka kepada semua. Fasilitator boleh menjemput komen atau soalan daripada kumpulan-kumpulan lain, dan membuka ruang untuk interaksi yang pendek.

  6. Selepas pembentangan setiap kumpulan, rumuskan perkara-perkara penting, berulang atau menarik yang timbul daripada pembentangan.

  7. Fasilitator boleh membuka perbincangan yang lebih mendalam dengan merujuk kepada soalan-soalan berikut:

  • Adakah sifat atau ciri-ciri yang telah mereka lakarkan / tampal hanya eksklusif untuk lelaki / perempuan sahaja?

  • Dari manakah datangnya idea-idea ini, dan adakah idea-idea ini selari dengan realiti kehidupan dan realiti berkenaan kepelbagaian?

  • Apakah tubuh badan, identiti dan ekspresi kita hanya terhad kepada dua model (model perempuan dan model lelaki) sahaja?

  • Apakah kesan daripada idea-idea ini di dalam kehidupan seharian, persepsi umum dan adakah ia mempengaruhi penggubalan polisi dan undang-undang?

8. Fasilitator seterusnya memperkenalkan konsep stereotaip dan binari serta menerangkan secara ringkas tentang identiti interseks, bukan binari, dan trans.

Sekiranya ada peserta atau kumpulan yang memilih untuk melukis sosok badan yang bukan binari atau tubuh badan, ekspresi dan identiti yang tidak terdiri daripada lelaki dan perempuan, fasilitator harus membenarkannya. Fasilitator tidak perlu terikat dengan arahan aktiviti.

Hal ini juga boleh menjadi pencetus kepada perbincangan. Sebagai contohnya, sekiranya ada kumpulan yang membentangkan gambaran seorang perempuan yang butch atau tubuh badan seorang interseks bincang dengan peserta:

  • Stereotaip. Apa tanggapan masyarakat terhadap perempuan atau indvidu interseks tersebut? Dari manakah datangnya stereotaip tersebut?

  • Binari. Adakah tanggapan binari mengenai identiti, ungkapan dan badan kita?

  • Interseks, trans, dan bukan binari.

Sesi ini mungkin memberi ruang untuk perkongsian peribadi oleh para peserta. Galakkan berkongsi kerana ia akan membolehkan orang memahami stereotaip. Pada masa yang sama perhatikan masa.

Last updated