Nota fasilitator

Bahagian ini mengandungi nota rujukan buat fasilitator.

Binari

Binari merujuk kepada idea yang hanya terdapat dua identiti, ekspresi, tubuh badan atau model. Ia berpunca daripada manifestasi, dan sangat berkait rapat dengan stereotaip. Idea binari juga mempromosikan idea bertentangan yang tidak sesuai dengan realiti dan fakta kehidupan yang berbagai.

Stereotaip

Stereotaip merujuk kepada anggapan pukul rata terhadap satu-satu kumpulan. Selalunya stereotaip berlaku akibat anggapan oleh kumpulan majoriti, tradisi, pemahaman oleh keluarga, media, dan lain-lain

Contoh stereotaip:

  • Perempuan yang ideal adalah seorang perempuan cantik, lemah lembut, feminin, boleh melahirkan anak, harus tertarik kepada lelaki, atau mempunyai vagina.

  • Lelaki yang ideal adalah seorang yang macho, menjadi ketua keluarga, tertarik hanya kepada perempuan dan mempunyai zakar.

Stereotaip boleh mewujudkan prasangka, maklumat yang salah, penciptaan dinamik dan hierarki kuasa yang tidak saksama, peranan gender yang tidak seimbang, dan lain-lain. Kesan dari stereotaip itu boleh melebihi kesan peribadi dan individu ketika mereka membina norma sosial. Ini mungkin memberi kesan kepada undang-undang dari segi pengiktirafan gender, penjenayahan, perwakilan media yang berat sebelah, dan lain-lain.

Konstruk sosial

Konstruk sosial merujuk kepada perkara-perkara yang dibentuk secara sosial atau oleh masyarakat. Dalam konteks identiti, kita sebagai individu diberikan pelbagai jenis identiti. Sebagai contoh, identiti gender, orientasi seksual, kewarganegaraan, agama, etnik, keupayaan dan sebagainya. Dalam konteks gender pula, bagaimana kita mengekspresikan identiti gender kita dibentuk secara sosial. Sebagai contoh, seorang perempuan haruslah bersifat feminin atau lemah lembut, berambut panjang, dan sebagainya.

Feminin

Sifat feminin selalunya dikaitkan dengan sifat lemah-lembut, pasif, dan sebagainya. Secara umumnya, sifat feminin dikaitkan secara eksklusif dengan perempuan dan mereka yang diberikan identiti perempuan semasa kelahiran. Sifat feminin juga merangkumi orientasi seksual seseorang dan cara seseorang itu mengekspresikan diri atau identiti gender mereka.

Maskulin

Sifat maskulin selalunya digunakan untuk menggambarkan sifat-sifat yang agresif, dominan, dan sebagainya. Secara umumnya, sifat maskulin dikaitkan secara eksklusif dengan lelaki dan mereka yang diberikan identiti lelaki semasa kelahiran. Sama seperti sifat feminin, sifat maskulin juga merangkumi orientasi seksual seseorang dan cara seseorang itu mengekspresikan diri atau identiti gender mereka.

Patriarki

Patriarki pula merujuk kepada sistem yang mengagihkan manusia mengikut konstruk dan identiti gender. Pengagihan masyarakat ini bagi membawa kepada wujudnya hierarki atau perbezaan kuasa antara manusia berdasarkan gender mereka. Selain itu, dalam pengagihan masyarakat ini individu diberikan kerangka, konstruk dan peranan mengikut identiti gender. Selalunya, ia berbentuk binari atau hanya mengangkat identiti lelaki-perempuan.

Sekiranya individu mencabar atau tidak patuh kepada peranan, kerangka dan konstruk gender, seseorang itu rentan kepada ‘pembetulan’, peminggiran dan bentuk-bentuk diskriminasi serta keganasan lain. Patriarki juga dilihat mengutamakan lelaki cisgender walaupun mereka juga terperangkap dalam konstruk sosial maskulin atau lelaki. Perlu diingati juga bahawa bukan semua lelaki yang mendapat manfaat daripada patriarki.

Sebagai contoh, seorang lelaki migran di Malaysia jauh lebih terpinggir dan rentan kepada diskriminasi serta keganasan berbanding dengan lelaki bukan migran di Malaysia. Atau seorang lelaki trans tidak mempunyai ruang yang sama sekiranya dibandingkan dengan lelaki cisgender.

Hetero-normatif

Hetero-normatif merujuk kepada idea atau anggapan yang hanya hubungan heteroseksual adalah bentuk hubungan yang normal atau diterima, dan hanya bentuk perhubungan (romantik dan seksual) jenis ini sahaja yang layak dipromosikan. Ia juga merujuk kepada norma - norma yang dibentuk mengikut stereotaip individu heteroseksual. Contohnya, pasangan yang sudah berkahwin mesti mempunyai peranan gender yang jelas – lelaki melakukan kerja luar, wanita mesti memasak dan mengemas.

Cis-normatif

Cis-normatif merujuk kepada idea atau anggapan yang semua orang adalah cisgender (seseorang yang memiliki persepsi gender yang sesuai dengan jenis kelaminnya) dan hanya orang cisgender yang diterima di dalam masyarakat. Ini juga merujuk kepada stereotaip berdasarkan norma orang cisgender. Contohnya. semua badan dan ekspresi harus sesuai dengan binari lelaki-wanita.

Endo-seksisme

Endo-seksisme merujuk kepada idea yang hanya ada dua jenis seks atau jantina dan tubuh badan, iaitu lelaki dan perempuan. Hal ini membawa kepada idea bahawa tubuh badan selain darinya sebagai tidak normal dan perlu diperbetulkan.

Interseks

Interseks merujuk kepada individu yang lahir dengan ciri-ciri seks (termasuk genital atau alat kelamin, gonad dan corak kromosom) yang di luar pemahaman binari tubuh badan lelaki dan perempuan. Interseks adalah terma payung yang digunakan untuk menjelaskan variasi tubuh badan yang pelbagai.

Binari merujuk kepada idea yang hanya terdapat dua identiti, ekspresi, tubuh badan atau model. Ia berpunca daripada manifestasi, dan sangat berkait rapat dengan stereotaip. Idea binari juga mempromosikan idea bertentangan yang tidak sesuai dengan realiti dan fakta kehidupan yang berbagai.

Stereotaip merujuk kepada anggapan pukul rata terhadap satu-satu kumpulan. Selalunya stereotaip berlaku akibat anggapan oleh kumpulan majoriti, tradisi, pemahaman oleh keluarga, media, dan lain-lain

Contoh stereotaip:

  • Perempuan yang ideal adalah seorang perempuan cantik, lemah lembut, feminin, boleh melahirkan anak, harus tertarik kepada lelaki, atau mempunyai vagina.

  • Lelaki yang ideal adalah seorang yang macho, menjadi ketua keluarga, tertarik hanya kepada perempuan dan mempunyai zakar.

Stereotaip boleh mewujudkan prasangka, maklumat yang salah, penciptaan dinamik dan hierarki kuasa yang tidak saksama, peranan gender yang tidak seimbang, dan lain-lain. Kesan dari stereotaip itu boleh melebihi kesan peribadi dan individu ketika mereka membina norma sosial. Ini mungkin memberi kesan kepada undang-undang dari segi pengiktirafan gender, penjenayahan, perwakilan media yang berat sebelah, dan lain-lain.

Konstruk sosial merujuk kepada perkara-perkara yang dibentuk secara sosial atau oleh masyarakat. Dalam konteks identiti, kita sebagai individu diberikan pelbagai jenis identiti. Sebagai contoh, identiti gender, orientasi seksual, kewarganegaraan, agama, etnik, keupayaan dan sebagainya. Dalam konteks gender pula, bagaimana kita mengekspresikan identiti gender kita dibentuk secara sosial. Sebagai contoh, seorang perempuan haruslah bersifat feminin atau lemah lembut, berambut panjang, dan sebagainya.

Sifat feminin selalunya dikaitkan dengan sifat lemah-lembut, pasif, dan sebagainya. Secara umumnya, sifat feminin dikaitkan secara eksklusif dengan perempuan dan mereka yang diberikan identiti perempuan semasa kelahiran. Sifat feminin juga merangkumi orientasi seksual seseorang dan cara seseorang itu mengekspresikan diri atau identiti gender mereka.

Sifat maskulin selalunya digunakan untuk menggambarkan sifat-sifat yang agresif, dominan, dan sebagainya. Secara umumnya, sifat maskulin dikaitkan secara eksklusif dengan lelaki dan mereka yang diberikan identiti lelaki semasa kelahiran. Sifat maskulin juga merangkumi orientasi seksual seseorang dan cara seseorang itu mengekspresikan diri atau identiti gender mereka.

Patriarki pula merujuk kepada sistem yang mengagihkan manusia mengikut konstruk dan identiti gender. Pengagihan masyarakat ini bagi membawa kepada wujudnya hierarki atau perbezaan kuasa antara manusia berdasarkan gender mereka. Selain itu, dalam pengagihan masyarakat ini individu diberikan kerangka, konstruk dan peranan mengikut identiti gender. Selalunya, ia berbentuk binari atau hanya mengangkat identiti lelaki-perempuan.

Sekiranya individu mencabar atau tidak patuh kepada peranan, kerangka dan konstruk gender, seseorang itu rentan kepada ‘pembetulan’, peminggiran dan bentuk-bentuk diskriminasi serta keganasan lain. Patriarki juga dilihat mengutamakan lelaki cisgender walaupun mereka juga terperangkap dalam konstruk sosial maskulin atau lelaki. Perlu diingati juga bahawa bukan semua lelaki yang mendapat manfaat daripada patriarki.

Sebagai contoh, seorang lelaki migran di Malaysia jauh lebih terpinggir dan rentan kepada diskriminasi serta keganasan berbanding dengan lelaki bukan migran di Malaysia. Atau seorang lelaki trans tidak mempunyai ruang yang sama sekiranya dibandingkan dengan lelaki cisgender.

Hetero-normatif merujuk kepada idea atau anggapan yang hanya hubungan heteroseksual adalah bentuk hubungan yang normal atau diterima, dan hanya bentuk perhubungan (romantik dan seksual) jenis ini sahaja yang layak dipromosikan. Ia juga merujuk kepada norma - norma yang dibentuk mengikut stereotaip individu heteroseksual. Contohnya, pasangan yang sudah berkahwin mesti mempunyai peranan gender yang jelas – lelaki melakukan kerja luar, wanita mesti memasak dan mengemas.

Cis-normatif merujuk kepada idea atau anggapan yang semua orang adalah cisgender (seseorang yang memiliki persepsi gender yang sesuai dengan jenis kelaminnya) dan hanya orang cisgender yang diterima di dalam masyarakat. Ini juga merujuk kepada stereotaip berdasarkan norma orang cisgender. Contohnya. semua badan dan ekspresi harus sesuai dengan binari lelaki-wanita.

Endo-seksisme merujuk kepada idea yang hanya ada dua jenis jantina dan tubuh badan, iaitu lelaki dan perempuan. Hal ini membawa kepada idea bahawa tubuh badan selain darinya sebagai tidak normal dan perlu diperbetulkan.

Last updated