LogoLogo
Modul: SOGIESC
Modul: SOGIESC
  • Modul 1: SOGIESC
    • Aktiviti 1: Apakah yang menjadikan anda seorang individu? (What makes you a person?)
      • Objektif & apa yang diperlukan?
      • Metodologi
      • Nota fasilitator
      • Rujukan
    • Aktiviti 2: Label
      • Objektif & apa yang diperlukan?
      • Metodologi
      • Nota fasilitator
      • Terminologi
      • Rujukan
    • Aktiviti 3: Fakta dan mitos
      • Objektif & apa yang diperlukan?
      • Metodologi
      • Nota fasilitator
      • Rujukan
  • Penghargaan
Powered by GitBook
On this page

Was this helpful?

Export as PDF
  1. Modul 1: SOGIESC
  2. Aktiviti 2: Label

Terminologi

  • Identiti gender merujuk kepada pengalaman mendalam yang dirasai oleh setiap individu berkenaan identiti gender mereka, yang mungkin atau mungkin tidak sepadan dengan identiti yang diberikan semasa lahir. Hal ini termasuklah perasaan mereka terhadap tubuh badan (yang mungkin melibatkan, jika dipilih secara bebas, pengubahsuaian penampilan atau fungsi badan melalui proses perubatan, pembedahan. atau cara lain) dan penzahiran gender menerusi, pakaian, pertuturan dan perbuatan atau pergerakan tubuh badan.

  • Transgender, trans. Transgender merujuk kepada seseorang yang mendapati gender yang diberikan ketika lahir tidak selaras dengan pengalaman hidupnya.

    Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan, tidak selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

    Transgender merupakan istilah yang digunakan sebagai istilah payung (‘umbrella term’) untuk merangkumi individu yang mendapati naluri, perasaan, cara dia melihat diri sendiri, dan pengalaman hidup mereka tidak selaras dengan jantina (seks) dan/atau gender yang diberikan selepas lahir.

    Transgender merangkumi kepelbagaian, dan bukan semua individu transgender mahu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan bagi mengukuhkan identiti gender mereka.

  • Trans woman or woman. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai perempuan. Juga dikenali sebagai mak nyah di Malaysia

  • Trans man or man. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki.

  • Transsexual. Transeksual merupakan istilah lama yang merujuk secara khusus kepada individu yang mahu menjalani transisi secara perubatan, iaitu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan untuk mengukuhkan identitinya.

    Transeksual bukan istilah payung (‘umbrella term’) seperti transgender. Bukan semua orang menggelarkan diri mereka transsexual, terutama sekali dengan adanya istilah baharu yang lebih digemari, seperti trans woman, trans man, dan individu transgender. Sila bertanya kepada individu berkenaan istilah yang mereka gunakan untuk menggelarkan diri mereka.

  • Pengkid. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki atau identiti yang maskulin.

  • Gender queer, gender fluid. Gender queer merujuk kepada seorang yang melihat dirinya sebagai kombinasi gender atau tidak melihat atau mengidentifikasikan dirinya sebagai mana-mana gender.

  • Gender diverse. Terma payung yang digunakan untuk merangkumi golongan non-binary, gender fluid, gender non-conforming dan sebagainya

  • Cisgender. Cisgender merujuk kepada seseorang yang merasakan gender yang diberikan kepadanya semasa lahir selaras atau secocok atau selari dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

    Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan — selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

  • Orientasi seksual merujuk kepada tarikan seksual dan/atau romantik.

  • Lesbian – merujuk kepada perempuan (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/atau seksual terhadap perempuan (cisgender dan transgender)

  • Gay – merujuk kepada lelaki (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/atau seksual terhadap lelaki (cisgender dan transgender)

  • Biseksual – merujuk kepada seseorang (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/ seksual terhadap lelaki dan perempuan

  • Queer – boleh merujuk kepada orientasi seksual dan identiti gender. Daripada orientasi seksual merujuk kepada tarikan romantik dan/atau seksual yang tidak ditentukan oleh identiti seseorang

  • Panseksual – merujuk kepada seseorang yang tertarik secara romantik dan/atau seksual kepada mana-mana orang tanpa mengira identiti atau ekspresi gender mereka

  • Aseksual – merujuk kepada seseorang yang tiada atau mempunyai kurang tarikan seksual terhadap orang lain

  • Ciri-ciri seks atau jantina - ciri-ciri fizikal seseorang berkenaan seks, termasuklah genital atau alat kelamin dan anatomi reproduktif lain, kromosom serta hormon, dan ciri-ciri fizikal lain yang mungkin hadir disebabkan akil baligh. Adalah penting untuk memahami kedua-dua seks dan identiti gender. Perlu ditegaskan di sini bahawa tubuh badan kita tidak menentukan identiti gender kita.

  • Interseks - Individu interseks lahir dengan ciri-ciri seks (termasuklah genital atau alat kelamin, gonad dan corak kromosom) yang di luar pemahaman binari tubuh badan lelaki dan perempuan. Interseks ialah terma payung yang digunakan untuk menjelaskan variasi tubuh badan yang pelbagai. Individu interseks juga mempunyai identiti gender, ekspresi gender dan orientasi seksual.

Ekspresi gender merujuk kepada cara kita menzahirkan gender kita melalui tindakan dan perwatakan, termasuklah pemakaian, percakapan dan tingkah laku. Ekspresi gender seseorang tidak semestinya 'selari' dengan seks, identiti gender atau orientasi seksual.

PreviousNota fasilitatorNextRujukan

Last updated 3 years ago

Was this helpful?