Metodologi

Cara pengendalian aktiviti

Aktiviti ini boleh dikendalikan melalui beberapa kaedah.

  • Berikan arahan aktiviti kepada para peserta. Dalam aktiviti ini, bergantung kepada ruang yang anda ada, minta peserta untuk bergerak atau melakukan aksi berikut setelah fasilitator membaca satu-satu kenyataan. Sekiranya mereka mendapati kenyataan tersebut

  • Fakta – bergerak ke kiri, atau berdiri

  • Mitos – bergerak ke kanan, atau duduk

  • Tidak pasti atau tidak tahu – bergerak ke tengah-tengah ruang

  • Bacakan kenyataan (seperti di bawah) satu demi satu. Anda boleh melakukan perbincangan kecil dengan para peserta selepas setiap kenyataan.

  • Pada akhir sesi, rumuskan perkara-perkara penting.

Contoh kenyataan yang boleh diutarakan

  • Seks dan gender itu adalah sama.

  • Individu LGBT mengalami masalah mental, dan ini merupakan salah ibu bapa mereka.

  • Individu interseks mempunyai dua jenis alat kelamin.

  • Individu LGBT boleh diubah, atau kembali ke jalan yang benar. LGBT ini satu fenomena baharu.

  • Perubahan individu LGBT adalah merupakan hak agama mereka.

Fasilitator sentiasa boleh menambah atau mengubah penyataan-penyataan ini berdasarkan tahap keselesaan dan kemampuan mereka untuk menangani dan membongkar fakta dan mitos.

Sebagai contohnya, fasilitator boleh bertanya — adakah ianya mitos atau fakta bila orang mengatakan bahawa individu LGBT ini berdosa?

Sebelum mengutarakan penyataan sendiri, bersedia dengan maklumat yang sahih, atau jemput nara sumber yang boleh membantu membongkar dan menangani setiap penyataan ini.

Last updated