Metodologi
Cara pengendalian aktiviti
Aktiviti ini boleh dikendalikan melalui beberapa kaedah.
- Berikan arahan aktiviti kepada para peserta. Dalam aktiviti ini, bergantung kepada ruang yang anda ada, minta peserta untuk bergerak atau melakukan aksi berikut setelah fasilitator membaca satu-satu kenyataan. Sekiranya mereka mendapati kenyataan tersebut 
- Bacakan kenyataan (seperti di bawah) satu demi satu. Anda boleh melakukan perbincangan kecil dengan para peserta selepas setiap kenyataan. 
- Pada akhir sesi, rumuskan perkara-perkara penting. 
- Agihkan kertas kepada para peserta. Minta para peserta untuk melukis tiga lajur (columns) di atas kertas masing-masing. Tandakan setiap lajur sebagai: Soalan, Sebelum, dan Selepas. 
- Berdasarkan pernyataan yang diberikan, peserta dikehendaki untuk melabel pernyataan tersebut sama ada “fakta” atau “mitos” di ruang “sebelum”. Minta para peserta untuk menyimpan kertas masing-masing. 
- Para peserta tidak perlu untuk berkongsi jawapan mereka. Sebaliknya, fasilitator boleh bertanya soalan berkenaan proses atau kuiz secara keseluruhan. Sebagai contohnya: Berapa orang dapat menjawab semua soalan? Ada apa-apa yang mereka tak pasti? Susah tak soalan-soalan ini? 
- Fasilitator kemudiannya boleh mengulang kuiz ini pada akhir bengkel, sekiranya mahu. Peserta boleh melihat sama ada terdapat perbezaan dalam pengetahuan dan pendirian mereka setelah menjalani sesi atau bengkel. 
- Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 
- Setiap kumpulan diberikan satu atau dua penyataan yang berbeza. 
- Dalam kumpulan kecil, para peserta diminta untuk bincang sama ada kenyataan yang diberikan adalah fakta atau mitos. Mereka juga harus memberikan sebab untuk menyokong penentuan mereka. 
- Setiap kumpulan kemudian diminta untuk membentangkan hasil perbincangan mereka. 
- Setelah selesai pembentangan kumpulan, betulkan maklumat yang tidak tepat dan rumuskan perkara-perkara penting. 
Contoh kenyataan yang boleh diutarakan 
- Seks dan gender itu adalah sama. 
- Individu LGBT mengalami masalah mental, dan ini merupakan salah ibu bapa mereka. 
- Individu interseks mempunyai dua jenis alat kelamin. 
- Individu LGBT boleh diubah, atau kembali ke jalan yang benar. LGBT ini satu fenomena baharu. 
- Perubahan individu LGBT adalah merupakan hak agama mereka. 
Last updated
Was this helpful?
