Semasa bengkel
Last updated
Last updated
Semasa bengkel, pijak penganjur dan fasilitator memainkan peranan dalam memastikan bengkel berjalan mengikut program, tetapi pada masa yang sama peka dan boleh adaptasi dengan keperluan yang timbal sepanjang bengkel. Selain itu, penting juga untuk memastikan para peserta selesa dan suasana pembelajaran adalah kondusif.
Beberapa perkara yang anda boleh anda pertimbangkan semasa bengkel:
Setiap bengkel secara ideal bermula dengan pengenalan dan persetujuan bersama melibatkan perkara seperti perjalanan, pembelajaran, dan interaksi sepanjang sesi atau bengkel.
Persetujuan ini boleh termasuk, namun tidak terhad kepada, antara lain:
hadir tepat pada masanya, dan
tahap pembabitan mereka dalam setiap sesi (‘step up’ dan step back’)
Sekiranya boleh, sebagai fasilitator, anda boleh melibatkan semua peserta dalam membina persetujuan bersama pada awal bengkel atau dalam sesi pengenalan.
Fasilitator dan penganjur mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan langkah-langkah yang akan diambil untuk menjaga privasi dan keselamatan para peserta sebelum, sepanjang dan selepas bengkel dijalankan.
Gambar para peserta yang menampakkan wajah para peserta hanya akan diambil dengan persetujuan termaklum (informed consent) para peserta
Maklumat peribadi para peserta, sekiranya ada, akan dilupuskan dalam tempoh enam bulan
Sekiranya ada proses dokumentasi, apa yang akan didokumen dan bagaimana ia akan diguna.
Untuk memastikan keberkesanan bengkel, anda perlu bijak menguruskan tenaga dan juga kadar perjalanan (pace) sesi atau bengkel, terutamanya jika ia berlangsung sepanjang hari.
Dengar secara aktif (active listening). Lihat, dengar dan perhati ruang secara proaktif dan objektif tanpa menterjemahkan naratif dan jangkaan kita terhadap mereka. Ketahui bahasa badan, ekspresi wajah dan hubungan mata. Ulang balik apa yang mereka katakan untuk mengesahkan apa yang mereka maksudkan. Dengan dengar secara aktif, anda boleh belajar menyesuaikan bengkel dengan keperluan peserta dan juga tangani isu yang timbul.
Tanya soalan. Pelbagaikan gaya soalan sesama sendiri. Dengan cara ini, para peserta akan lebih terlibat dan lebih memberi perhatian. Kadang-kadang, ada juga peserta yang lebih suka berbincang daripada hanya mendengar, jadi ini akan berikan peluang untuk mereka lebih berinteraksi. Namun begitu, jangan lupa perhatikan perbezaan kuasa. Galakkan kritikan yang membina, sekiranya ada, supaya para peserta rasa selamat untuk berkongsi pandangan mereka.
Guna muzik. Memainkan muzik latar semasa kehadiran peserta dan juga waktu rehat boleh menimbulkan suasana yang positif. Sediakan senarai lagu dalam Spotify, contohnya, yang bersesuaian dengan citarasa semua.
Energiser dan permainan untuk menaikkan semangat atau menukar ‘mood’. Sebagai contoh, aktiviti peel banana.
Jaga masa. Cari keseimbangan antara sesi yang tidak terlalu singkat (supaya tidak terkejar-kejar) dan terlalu meleret (supaya tidak bosan).
Hal ini penting terutamanya jika anda mempunyai pengetahuan tentang peserta bengkel atau terdapat jangkaan bahawa ada kumpulan atau individu yang akan mempunyai persepsi kuasa lebih daripada yang lain.
Dalam ruangan bengkel, anda perlu pastikan setiap peserta perlu mempunyai hak penyertaan yang setara.
Perhatikan kepelbagaian penglibatan dan personaliti di dalam ruangan. Seperti fasilitator juga, peserta anda mempunyai kepelbagaian personaliti dan penglibatan yang berbeza yang mungkin boleh membuatkan mereka lebih senyap atau lebih terserlah daripada orang lain. Beri ruang untuk perbezaan ini, terutama sekali jika terdapat perbincangan dalam kumpulan. Campur adukkan peserta dalam aktiviti kumpulan supaya ada peluang untuk saling mendengar dan bertukar fikiran.
Pada masa yang sama, penting juga untuk membahagikan peserta mengikut keseleasaan masing-masing, terutamanya dari segi bahasa.
Keselamatan dan kesejahteraan para peserta mesti didahulukan dalam setiap proses.