Membuka - Memegang - Menutup Ruang
Bagaimanakah untuk membuka ruang & mengapakah ianya penting?
Dalam mana-mana bengkel, para peserta biasanya akan berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan keganasan atau diskriminasi oleh pelbagai pihak. Sebagai contoh, pengalaman ditangkap polis, dianiaya oleh ahli keluarga, dan lain-lain. Perkongsian sedemikian boleh menimbulkan kembali trauma atau perasaan-perasaan lain yang masih belum dirungkai bagi individu yang berkongsi dan juga dalam kalangan peserta.
Perlu diingatkan bahawa ruangan bengkel bukan sahaja ruang untuk menimba ilmu dan kemahiran, tetapi juga ruang untuk penyembuhan atau healing secara individu dan/atau kolektif.
Penyembuhan atau healing boleh berlaku melalui beberapa cara dengan kepekaan fasilitator dan juga pihak penganjur, iaitu:
Jangan takut dengan emosi. Misalnya, semasa dalam perbincangan berkenaan penerimaan keluarga, ada peserta yang menangis dan beremosi mengenang penerimaan keluarga mereka, paling penting adalah untuk tidak panik. Berikan ruang untuk peserta berkongsi pengalaman mereka dan yang lain untuk menyokong peserta yang berkongsi pengalaman.
Bersedia untuk mendengar, memperakui, dan memahami. Kadang-kadang kita tidak perlu membuat apa-apa yang ketara untuk menunjukkan empati kita. Cukup sekadar dengan kita menunjukkan yang kita mendengar pengalaman mereka dengan penuh keikhlasan.
Lihat bagaimana perkongsian tersebut mempengaruhi seluruh ruang dengan memerhati emosi peserta yang lain. Ketika memfasilitasikan ruang sebegini di mana terdapat ekspresi trauma yang ketara, tumpukan perhatian kepada mereka yang mengekspresikan trauma dan juga mereka yang mendengarnya. Perhatikan sekiranya ada perseta lain yang mungkin turut terkesan dalam ruang tersebut.
Bersikap terbuka untuk mendapatkan bantuan. Memegang ruang bukanlah tugas fasilitator semata-mata. Anda boleh mendapatkan cadangan dan idea daripada para peserta, fasilitator lain serta pihak penganjur untuk memberikan sokongan. Sebagai contohnya, semasa fasilitator bersama-sama penganjur boleh menanya keterbukaan para peserta dalam memberikan sokongan atau dengan memeriksa keselesaan peserta yang terkesan.
Sekiranya peserta yang berkongsi mengalami keadaan panik atau anxiety yang memerlukan bantuan medikal, dapatkan bantuan profesional.
Bagaimanakah untuk menutup ruang
Apabila kita berhadapan dengan situasi sebegini, cuba untuk menutup ruang ini dengan sebaiknya untuk mengurangkan perasaan trauma atau perasaan lain yang timbul daripada terus menyelubungi diri peserta setelah sesi tamat. Berikut adalah beberapa tips untuk menutup ruang:
Last updated