Terminologi

  • Identiti gender merujuk kepada pengalaman mendalam yang dirasai oleh setiap individu berkenaan identiti gender mereka, yang mungkin atau mungkin tidak sepadan dengan identiti yang diberikan semasa lahir. Hal ini termasuklah perasaan mereka terhadap tubuh badan (yang mungkin melibatkan, jika dipilih secara bebas, pengubahsuaian penampilan atau fungsi badan melalui proses perubatan, pembedahan. atau cara lain) dan penzahiran gender menerusi, pakaian, pertuturan dan perbuatan atau pergerakan tubuh badan.

  • Transgender, trans. Transgender merujuk kepada seseorang yang mendapati gender yang diberikan ketika lahir tidak selaras dengan pengalaman hidupnya.

    Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan, tidak selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

    Transgender merupakan istilah yang digunakan sebagai istilah payung (‘umbrella term’) untuk merangkumi individu yang mendapati naluri, perasaan, cara dia melihat diri sendiri, dan pengalaman hidup mereka tidak selaras dengan jantina (seks) dan/atau gender yang diberikan selepas lahir.

    Transgender merangkumi kepelbagaian, dan bukan semua individu transgender mahu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan bagi mengukuhkan identiti gender mereka.

  • Trans woman or woman. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai perempuan. Juga dikenali sebagai mak nyah di Malaysia

  • Trans man or man. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki.

  • Transsexual. Transeksual merupakan istilah lama yang merujuk secara khusus kepada individu yang mahu menjalani transisi secara perubatan, iaitu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan untuk mengukuhkan identitinya.

    Transeksual bukan istilah payung (‘umbrella term’) seperti transgender. Bukan semua orang menggelarkan diri mereka transsexual, terutama sekali dengan adanya istilah baharu yang lebih digemari, seperti trans woman, trans man, dan individu transgender. Sila bertanya kepada individu berkenaan istilah yang mereka gunakan untuk menggelarkan diri mereka.

  • Pengkid. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki atau identiti yang maskulin.

  • Gender queer, gender fluid. Gender queer merujuk kepada seorang yang melihat dirinya sebagai kombinasi gender atau tidak melihat atau mengidentifikasikan dirinya sebagai mana-mana gender.

  • Gender diverse. Terma payung yang digunakan untuk merangkumi golongan non-binary, gender fluid, gender non-conforming dan sebagainya

  • Cisgender. Cisgender merujuk kepada seseorang yang merasakan gender yang diberikan kepadanya semasa lahir selaras atau secocok atau selari dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

    Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan — selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

Last updated