Koleksi sumber maklumat berkenaan orientasi seksual, identiti gender, ekspresi gender & ciri-ciri seks dan hak asasi manusia
Selamat datang ke Pusat Sumber Rainbow Forward
Pusat sumber ini beraspirasi untuk menyediakan sumber maklumat, termasuklah modul latihan (training modules), panduan (how to guides), dan sebagainya berkenaan orientasi seksual, identiti gender, ekspresi gender, serta ciri-ciri seks, golongan LGBTIQ+ dan hak asasi manusia.
Isi kandungan
Isi kandungan dalam Pusat Sumber ini boleh dilihat di sini
Rainbow Forward ialah sebuah jaringan kumpulan & pembela hak asasi manusia LGBTIQ di Malaysia. Untuk maklumat lanjut berkenaan Rainbow Forward, modul ini atau sokongan untuk latihan atau training, sila hubungi rainbowforward@protonmail.com
Bahagian ini akan menerangkan:
Definisi dan peranan fasilitator secara ringkas;
Langkah-langkah perancangan dan persediaan untuk memastikan kelancaran bengkel yang dianjurkan menerusi tiga fasa bengkel — sebelum, semasa, dan selepas;
Cara-cara merancang dan mengendali bengkel secara teknikal; dan
Mengenali faktor yang tidak terlihat (hidden factors) seperti mengawal emosi dan mengenali ketidakseimbangan dinamika kuasa, serta apa yang anda boleh lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian.
Loading...
Terdapat tiga kumpulan yang selalunya memain peranan dalam menjayakan mana-mana bengkel:
Fasilitator tidak boleh dikelirukan dengan nara sumber (resource person). Seorang fasilitator tidak perlu menjadi pakar satu-satu topik walaupun mereka haruslah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan topik bengkel.
Elemen-elemen memfasilitasi berikut adalah penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Hal ini berkait rapat dengan kemahiran, nilai, dan pengalaman fasilitator serta nara sumber:
Loading...
Sekiranya semasa dalam sesuatu perbincangan semasa bengkel, keadaan menjadi tegang antara peserta, ada boleh menggunakan beberapa tips berikut:
Berikan ruang untuk mereka mengekspresikan mengapa mereka berasa sedemikian dan dengar secara tenang sambil menumpukan perhatian. Anda boleh memperakui perasaan dan membincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan sekiranya terdapat ruang untuk berbuat demikian
Berehat seketika supaya individu tersebut dan semua peserta dapat bertenang dan mempertimbangkan perasaan yang mereka alami.
Beri ruang untuk semua orang untuk memproses perasaan tersebut, sama ada di luar ruangan bersama atau di tempat lain.
Sekiranya keadaan buntu, pecahkan kebuntuan dengan membawa semua orang kembali ke lingkaran kolektif, dan lakukan beberapa aktiviti untuk membawa semula peserta ke ruangan tersebut.
Sekiranya sesuai, anda boleh membuat perbincangan kumpulan besar apabila keadaan sedikit reda.
Loading...
Mana-mana bengkel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
Loading...
Setelah berakhirnya bengkel ini, akhiri sesi penilaian (debrief) dan pertimbangan (reflection) bersama dengan penganjur, fasilitator lain, dan semua anggota kumpulan terlibat. Senarai soalan yang boleh ditanya (anda boleh bertanya lebih daripada ini):
Ulasan maklum balas dan penilaian peserta
Apa yang berjaya?
Kejayaan mana paling menyerlah?
Apa yang boleh diperbaiki?
Apa yang boleh kita guna untuk sesi akan datang?
Refleksi utama dari bengkel – apa perkara menarik yang muncul, apa benda baru anda belajar, dll.
Langkah seterusnya
Tentukan tindakan susulan atau langkah seterusnya, dan siapa yang akan bertanggungjawab.
Rainbow Forward ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang kandungan Module Latihan Penganjuran Bengkel ini. Modul adalah sebahagian daripada siri modul latihan oleh Rainbow Forward.
Siri modul latihan ini tidak dapat menjadi kenyataan tanpa segala sumbangan, pandangan, penyertaan, dan penglibatan daripada orang perseorangan, kumpulan, serta organisasi berikut:
thilaga & Sulastri Ariffin (Justice for Sisters),
declan (Pelangi Campaign),
Andi Suraidah (Legal Dignity),
Suri Kempe & Pang Khee Teik (Queer Lapis),
Dorian Wilde (Transmen of Malaysia),
Ryan Ong & Gavin Chow (People Like Us Hang Out - PLUHO),
Yee Shan (Diversity),
Numan Afifi (JEJAKA),
Lucas Heng (PLUSOS),
Angela M. Kuga Thas (KRYSS Network),
Nurul MA,
Nicole Fong,
Jac sm Kee,
Yasin Basri
Umyra Ahmad
Ahmad Salami
Azzad Mahdzir
Aiman Azahari
Siri modul latihan ini disusun dan disunting oleh Andi Suraidah, Zana Fauzi, Yasin Basri & thilaga dengan koordinasi oleh declan.
Grafik oleh Zariq Hanif @kertaspapel
Kami amat menghargai kepelbagaian sumbangan kepakaran dan pengalaman berharga oleh semua pihak.
Dihasilkan oleh Rainbow Forward dengan sokongan Outright International.
Bahagian ini mengandungi pautan rujukan buat fasilitator.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pihak penganjur, fasilitator dan nara sumber sebelum bengkel. Hal ini termasuklah:
Anda boleh melakukan penilaian keperluan (needs assessment) sebelum merancang bengkel atau selitkan soalan-soalan ini dalam borang penyertaan peserta. Sila rujuk contoh penilaian keperluan di bawah yang anda boleh gunakan untuk sesi anda.
Sila rujuk contoh pelan pembelajaran di bawah yang anda boleh sesuaikan untuk sesi anda.
Semasa bengkel, pijak penganjur dan fasilitator memainkan peranan dalam memastikan bengkel berjalan mengikut program, tetapi pada masa yang sama peka dan boleh adaptasi dengan keperluan yang timbal sepanjang bengkel. Selain itu, penting juga untuk memastikan para peserta selesa dan suasana pembelajaran adalah kondusif.
Beberapa perkara yang anda boleh anda pertimbangkan semasa bengkel:
Keselamatan dan kesejahteraan para peserta mesti didahulukan dalam setiap proses.
Dalam setiap bengkel, ada masanya anda boleh memfasilitasi sendiri, atau bekerja dengan seorang atau lebih fasilitator bersama (co-facilitator).
Bekerja bersama dengan fasilitator yang lain dapat membantu dalam, antara lain,
memainkan kekuatan masing-masing,
mengagihkan tenaga kerja,
membina sokongan. apabila anda bekerja dengan fasilitator lain, anda mempunyai orang lain yang dapat menyokong dan memberi pandangan kritis (sounding board),
menjaga masa,
memerhatikan tenaga peserta
Sekiranya anda memfasilitasi bengkel yang disertai oleh para peserta dari latar belakang yang berlainan dengan anda, adalah sesuai untuk menambah fasilitator daripada komuniti yang sama.
Berikut adalah antara tips-tips yang boleh digunakan sekiranya satu-satu bengkel mempunyai lebih daripada seorang fasilitator.
Kaedah Sokratik: Pengajaran yang menggunakan teknik penyoalan. Fasilator mengemukakan soalan kepada para peserta untuk menimbulkan rasa ingin tahu, pemahaman dan menyelesaikan masalah secara berperingkat.
Introvert: Individu yang lebih bersifat pendiam, lebih gemar bekerja dalam kumpulan kecil berbanding kumpulan besar, dan mungkin kurang cenderung untuk memulakan perbincangan walaupun mempunyai pendapat atau pandangan.
Extrovert: Orang yang lebih selesa bercakap dan berkongsi pendapat atau pandangan, bergaul dengan orang lain dengan lebih mudah, suka kerja kumpulan.
Ambivert: Mereka yang mempunyai keseimbangan di antara kedua-dua sifat introvert dan extrovert.
Empati: Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Empati berbeza dengan simpati. Simpati melibatkan perasaan kasihan terhadap situasi seseorang, manakala empati melibatkan keupayaan untuk meletakkan diri anda di tempat seseorang dan memahami kenapa mereka berbuat demikian.
Step Up dan Step Back: Dalam bengkel, ada masanya anda perlu "Step Up" apabila tiada orang lain yang sanggup melakukan apa yang perlu dilakukan. Dalam pada masa yang sama, "Step Back" untuk menyediakan ruang kepada orang lain yang mahu dan mampu untuk menyumbang tenaga dan cerita.
Dalam mana-mana bengkel, para peserta biasanya akan berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan keganasan atau diskriminasi oleh pelbagai pihak. Sebagai contoh, pengalaman ditangkap polis, dianiaya oleh ahli keluarga, dan lain-lain. Perkongsian sedemikian boleh menimbulkan kembali trauma atau perasaan-perasaan lain yang masih belum dirungkai bagi individu yang berkongsi dan juga dalam kalangan peserta.
Perlu diingatkan bahawa ruangan bengkel bukan sahaja ruang untuk menimba ilmu dan kemahiran, tetapi juga ruang untuk penyembuhan atau healing secara individu dan/atau kolektif.
Penyembuhan atau healing boleh berlaku melalui beberapa cara dengan kepekaan fasilitator dan juga pihak penganjur, iaitu:
Jangan takut dengan emosi. Misalnya, semasa dalam perbincangan berkenaan penerimaan keluarga, ada peserta yang menangis dan beremosi mengenang penerimaan keluarga mereka, paling penting adalah untuk tidak panik. Berikan ruang untuk peserta berkongsi pengalaman mereka dan yang lain untuk menyokong peserta yang berkongsi pengalaman.
Bersedia untuk mendengar, memperakui, dan memahami. Kadang-kadang kita tidak perlu membuat apa-apa yang ketara untuk menunjukkan empati kita. Cukup sekadar dengan kita menunjukkan yang kita mendengar pengalaman mereka dengan penuh keikhlasan.
Lihat bagaimana perkongsian tersebut mempengaruhi seluruh ruang dengan memerhati emosi peserta yang lain. Ketika memfasilitasikan ruang sebegini di mana terdapat ekspresi trauma yang ketara, tumpukan perhatian kepada mereka yang mengekspresikan trauma dan juga mereka yang mendengarnya. Perhatikan sekiranya ada perseta lain yang mungkin turut terkesan dalam ruang tersebut.
Bersikap terbuka untuk mendapatkan bantuan. Memegang ruang bukanlah tugas fasilitator semata-mata. Anda boleh mendapatkan cadangan dan idea daripada para peserta, fasilitator lain serta pihak penganjur untuk memberikan sokongan. Sebagai contohnya, semasa fasilitator bersama-sama penganjur boleh menanya keterbukaan para peserta dalam memberikan sokongan atau dengan memeriksa keselesaan peserta yang terkesan.
Sekiranya peserta yang berkongsi mengalami keadaan panik atau anxiety yang memerlukan bantuan medikal, dapatkan bantuan profesional.
Apabila kita berhadapan dengan situasi sebegini, cuba untuk menutup ruang ini dengan sebaiknya untuk mengurangkan perasaan trauma atau perasaan lain yang timbul daripada terus menyelubungi diri peserta setelah sesi tamat. Berikut adalah beberapa tips untuk menutup ruang:
Tentukan isyarat maklum balas. Dalam bengkel secara fizikal atau offline, tentukan isyarat maklum balas untuk antara lain mendapatkan sokongan atau bantuan daripada fasilitator lain, untuk “perlahan sikit”, atau kuatkan suara. Sebagai contoh, angkat tangan untuk isyarat “saya nak tambah sesuatu”. Jika bengkel dijalankan di atas talian atau online, manfaatkan ciri-ciri platform yang digunakan, seperti ‘angkat tangan’(raise hand) dalam Zoom, atau kotak sembang persendirian (private chat box) untuk bertanya soalan sesama kumpulan fasilitator.