Only this pageAll pages
Powered by GitBook
1 of 18

Modul: SOGIESC

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Objektif & apa yang diperlukan?

Objektif

  • Mengupas binari dari segi tubuh badan, identiti, ekspresi diri

  • Memahami konstruk sosial atau stereotaip berkenaan gender, orientasi seksual dan seks atau jantina

Pengagihan Masa

75 minit

Bahan yang diperlukan

  • Kertas mahjong

  • Majalah

  • Pen penanda (marker pen)

  • Pita pelekat atau gam

Format

  • Kerja berkumpulan

  • Perbincangan kumpulan besar

Gunting

Aktiviti 1: Apakah yang menjadikan anda seorang individu? (What makes you a person?)

Apakah yang anda boleh jangka daripada aktiviti ini?

Memahami bagaimana konstruk sosial (social construct) membentuk persepsi dan pemahaman kita berkenaan antara lain gender, orientasi seksual, serta ciri-ciri seks.

Apakah mesej atau perkara utama yang perlu disampaikan?

  • Wujudnya kepelbagaian dan keragaman dari segi tubuh badan, ekspresi, dan identiti.

  • Konstruk sosial yang membentuk stereotaip gender dan seks, termasuklah stereotaip dalam kalangan komuniti LGBTIQ+.

Nota fasilitator

Bahagian ini mengandungi nota rujukan buat fasilitator.

Binari

Binari merujuk kepada idea yang hanya terdapat dua identiti, ekspresi, tubuh badan atau model. Ia berpunca daripada manifestasi, dan sangat berkait rapat dengan stereotaip. Idea binari juga mempromosikan idea bertentangan yang tidak sesuai dengan realiti dan fakta kehidupan yang berbagai.

Stereotaip

Stereotaip merujuk kepada anggapan pukul rata terhadap satu-satu kumpulan. Selalunya stereotaip berlaku akibat anggapan oleh kumpulan majoriti, tradisi, pemahaman oleh keluarga, media, dan lain-lain

Contoh stereotaip:

  • Perempuan yang ideal adalah seorang perempuan cantik, lemah lembut, feminin, boleh melahirkan anak, harus tertarik kepada lelaki, atau mempunyai vagina.

  • Lelaki yang ideal adalah seorang yang macho, menjadi ketua keluarga, tertarik hanya kepada perempuan dan mempunyai zakar.

Stereotaip boleh mewujudkan prasangka, maklumat yang salah, penciptaan dinamik dan hierarki kuasa yang tidak saksama, peranan gender yang tidak seimbang, dan lain-lain. Kesan dari stereotaip itu boleh melebihi kesan peribadi dan individu ketika mereka membina norma sosial. Ini mungkin memberi kesan kepada undang-undang dari segi pengiktirafan gender, penjenayahan, perwakilan media yang berat sebelah, dan lain-lain.

Konstruk sosial

Konstruk sosial merujuk kepada perkara-perkara yang dibentuk secara sosial atau oleh masyarakat. Dalam konteks identiti, kita sebagai individu diberikan pelbagai jenis identiti. Sebagai contoh, identiti gender, orientasi seksual, kewarganegaraan, agama, etnik, keupayaan dan sebagainya. Dalam konteks gender pula, bagaimana kita mengekspresikan identiti gender kita dibentuk secara sosial. Sebagai contoh, seorang perempuan haruslah bersifat feminin atau lemah lembut, berambut panjang, dan sebagainya.

Feminin

Sifat feminin selalunya dikaitkan dengan sifat lemah-lembut, pasif, dan sebagainya. Secara umumnya, sifat feminin dikaitkan secara eksklusif dengan perempuan dan mereka yang diberikan identiti perempuan semasa kelahiran. Sifat feminin juga merangkumi orientasi seksual seseorang dan cara seseorang itu mengekspresikan diri atau identiti gender mereka.

Maskulin

Sifat maskulin selalunya digunakan untuk menggambarkan sifat-sifat yang agresif, dominan, dan sebagainya. Secara umumnya, sifat maskulin dikaitkan secara eksklusif dengan lelaki dan mereka yang diberikan identiti lelaki semasa kelahiran. Sama seperti sifat feminin, sifat maskulin juga merangkumi orientasi seksual seseorang dan cara seseorang itu mengekspresikan diri atau identiti gender mereka.

Patriarki

Patriarki pula merujuk kepada sistem yang mengagihkan manusia mengikut konstruk dan identiti gender. Pengagihan masyarakat ini bagi membawa kepada wujudnya hierarki atau perbezaan kuasa antara manusia berdasarkan gender mereka. Selain itu, dalam pengagihan masyarakat ini individu diberikan kerangka, konstruk dan peranan mengikut identiti gender. Selalunya, ia berbentuk binari atau hanya mengangkat identiti lelaki-perempuan.

Sekiranya individu mencabar atau tidak patuh kepada peranan, kerangka dan konstruk gender, seseorang itu rentan kepada ‘pembetulan’, peminggiran dan bentuk-bentuk diskriminasi serta keganasan lain. Patriarki juga dilihat mengutamakan lelaki cisgender walaupun mereka juga terperangkap dalam konstruk sosial maskulin atau lelaki. Perlu diingati juga bahawa bukan semua lelaki yang mendapat manfaat daripada patriarki.

Sebagai contoh, seorang lelaki migran di Malaysia jauh lebih terpinggir dan rentan kepada diskriminasi serta keganasan berbanding dengan lelaki bukan migran di Malaysia. Atau seorang lelaki trans tidak mempunyai ruang yang sama sekiranya dibandingkan dengan lelaki cisgender.

Hetero-normatif

Hetero-normatif merujuk kepada idea atau anggapan yang hanya hubungan heteroseksual adalah bentuk hubungan yang normal atau diterima, dan hanya bentuk perhubungan (romantik dan seksual) jenis ini sahaja yang layak dipromosikan. Ia juga merujuk kepada norma - norma yang dibentuk mengikut stereotaip individu heteroseksual. Contohnya, pasangan yang sudah berkahwin mesti mempunyai peranan gender yang jelas – lelaki melakukan kerja luar, wanita mesti memasak dan mengemas.

Cis-normatif

Cis-normatif merujuk kepada idea atau anggapan yang semua orang adalah cisgender (seseorang yang memiliki persepsi gender yang sesuai dengan jenis kelaminnya) dan hanya orang cisgender yang diterima di dalam masyarakat. Ini juga merujuk kepada stereotaip berdasarkan norma orang cisgender. Contohnya. semua badan dan ekspresi harus sesuai dengan binari lelaki-wanita.

Endo-seksisme

Endo-seksisme merujuk kepada idea yang hanya ada dua jenis seks atau jantina dan tubuh badan, iaitu lelaki dan perempuan. Hal ini membawa kepada idea bahawa tubuh badan selain darinya sebagai tidak normal dan perlu diperbetulkan.

Interseks

Interseks merujuk kepada individu yang lahir dengan ciri-ciri seks (termasuk genital atau alat kelamin, gonad dan corak kromosom) yang di luar pemahaman binari tubuh badan lelaki dan perempuan. Interseks adalah terma payung yang digunakan untuk menjelaskan variasi tubuh badan yang pelbagai.

Binari merujuk kepada idea yang hanya terdapat dua identiti, ekspresi, tubuh badan atau model. Ia berpunca daripada manifestasi, dan sangat berkait rapat dengan stereotaip. Idea binari juga mempromosikan idea bertentangan yang tidak sesuai dengan realiti dan fakta kehidupan yang berbagai.

Stereotaip merujuk kepada anggapan pukul rata terhadap satu-satu kumpulan. Selalunya stereotaip berlaku akibat anggapan oleh kumpulan majoriti, tradisi, pemahaman oleh keluarga, media, dan lain-lain

Contoh stereotaip:

  • Perempuan yang ideal adalah seorang perempuan cantik, lemah lembut, feminin, boleh melahirkan anak, harus tertarik kepada lelaki, atau mempunyai vagina.

  • Lelaki yang ideal adalah seorang yang macho, menjadi ketua keluarga, tertarik hanya kepada perempuan dan mempunyai zakar.

Stereotaip boleh mewujudkan prasangka, maklumat yang salah, penciptaan dinamik dan hierarki kuasa yang tidak saksama, peranan gender yang tidak seimbang, dan lain-lain. Kesan dari stereotaip itu boleh melebihi kesan peribadi dan individu ketika mereka membina norma sosial. Ini mungkin memberi kesan kepada undang-undang dari segi pengiktirafan gender, penjenayahan, perwakilan media yang berat sebelah, dan lain-lain.

Konstruk sosial merujuk kepada perkara-perkara yang dibentuk secara sosial atau oleh masyarakat. Dalam konteks identiti, kita sebagai individu diberikan pelbagai jenis identiti. Sebagai contoh, identiti gender, orientasi seksual, kewarganegaraan, agama, etnik, keupayaan dan sebagainya. Dalam konteks gender pula, bagaimana kita mengekspresikan identiti gender kita dibentuk secara sosial. Sebagai contoh, seorang perempuan haruslah bersifat feminin atau lemah lembut, berambut panjang, dan sebagainya.

Sifat feminin selalunya dikaitkan dengan sifat lemah-lembut, pasif, dan sebagainya. Secara umumnya, sifat feminin dikaitkan secara eksklusif dengan perempuan dan mereka yang diberikan identiti perempuan semasa kelahiran. Sifat feminin juga merangkumi orientasi seksual seseorang dan cara seseorang itu mengekspresikan diri atau identiti gender mereka.

Sifat maskulin selalunya digunakan untuk menggambarkan sifat-sifat yang agresif, dominan, dan sebagainya. Secara umumnya, sifat maskulin dikaitkan secara eksklusif dengan lelaki dan mereka yang diberikan identiti lelaki semasa kelahiran. Sifat maskulin juga merangkumi orientasi seksual seseorang dan cara seseorang itu mengekspresikan diri atau identiti gender mereka.

Patriarki pula merujuk kepada sistem yang mengagihkan manusia mengikut konstruk dan identiti gender. Pengagihan masyarakat ini bagi membawa kepada wujudnya hierarki atau perbezaan kuasa antara manusia berdasarkan gender mereka. Selain itu, dalam pengagihan masyarakat ini individu diberikan kerangka, konstruk dan peranan mengikut identiti gender. Selalunya, ia berbentuk binari atau hanya mengangkat identiti lelaki-perempuan.

Sekiranya individu mencabar atau tidak patuh kepada peranan, kerangka dan konstruk gender, seseorang itu rentan kepada ‘pembetulan’, peminggiran dan bentuk-bentuk diskriminasi serta keganasan lain. Patriarki juga dilihat mengutamakan lelaki cisgender walaupun mereka juga terperangkap dalam konstruk sosial maskulin atau lelaki. Perlu diingati juga bahawa bukan semua lelaki yang mendapat manfaat daripada patriarki.

Sebagai contoh, seorang lelaki migran di Malaysia jauh lebih terpinggir dan rentan kepada diskriminasi serta keganasan berbanding dengan lelaki bukan migran di Malaysia. Atau seorang lelaki trans tidak mempunyai ruang yang sama sekiranya dibandingkan dengan lelaki cisgender.

Hetero-normatif merujuk kepada idea atau anggapan yang hanya hubungan heteroseksual adalah bentuk hubungan yang normal atau diterima, dan hanya bentuk perhubungan (romantik dan seksual) jenis ini sahaja yang layak dipromosikan. Ia juga merujuk kepada norma - norma yang dibentuk mengikut stereotaip individu heteroseksual. Contohnya, pasangan yang sudah berkahwin mesti mempunyai peranan gender yang jelas – lelaki melakukan kerja luar, wanita mesti memasak dan mengemas.

Cis-normatif merujuk kepada idea atau anggapan yang semua orang adalah cisgender (seseorang yang memiliki persepsi gender yang sesuai dengan jenis kelaminnya) dan hanya orang cisgender yang diterima di dalam masyarakat. Ini juga merujuk kepada stereotaip berdasarkan norma orang cisgender. Contohnya. semua badan dan ekspresi harus sesuai dengan binari lelaki-wanita.

Endo-seksisme merujuk kepada idea yang hanya ada dua jenis jantina dan tubuh badan, iaitu lelaki dan perempuan. Hal ini membawa kepada idea bahawa tubuh badan selain darinya sebagai tidak normal dan perlu diperbetulkan.

Interseks merujuk kepada individu yang lahir dengan ciri-ciri seks (termasuk genital atau alat kelamin, gonad dan corak kromosom) yang di luar pemahaman binari tubuh badan lelaki dan perempuan. Interseks adalah terma payung yang digunakan untuk menjelaskan variasi tubuh badan yang pelbagai.

Rujukan

Bahagian ini mengandungi pautan rujukan buat fasilitator.

Metodologi

Cara pengendalian aktiviti

  1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil.

  2. Setiap kumpulan diberi dua helai kertas mahjong, pen penanda, majalah, gunting, dan gam

  3. Setiap kumpulan ditugaskan untuk melukis sosok seorang lelaki dan seorang perempuan atas setiap kertas mahjong.

  4. Kemudian, mereka diminta untuk menulis, melukis atau menampal gambar-gambar daripada majalah ke atas kertas mahjong untuk menerangkan sifat-sifat seorang lelaki dan seorang perempuan.

  5. Setelah siap, setiap kumpulan dijemput untuk membentangkan hasil kerja dan perbincangan mereka kepada semua. Fasilitator boleh menjemput komen atau soalan daripada kumpulan-kumpulan lain, dan membuka ruang untuk interaksi yang pendek.

  6. Selepas pembentangan setiap kumpulan, rumuskan perkara-perkara penting, berulang atau menarik yang timbul daripada pembentangan.

  7. Fasilitator boleh membuka perbincangan yang lebih mendalam dengan merujuk kepada soalan-soalan berikut:

  • Adakah sifat atau ciri-ciri yang telah mereka lakarkan / tampal hanya eksklusif untuk lelaki / perempuan sahaja?

  • Dari manakah datangnya idea-idea ini, dan adakah idea-idea ini selari dengan realiti kehidupan dan realiti berkenaan kepelbagaian?

8. Fasilitator seterusnya memperkenalkan konsep stereotaip dan binari serta menerangkan secara ringkas tentang identiti interseks, bukan binari, dan trans.

Sekiranya ada peserta atau kumpulan yang memilih untuk melukis sosok badan yang bukan binari atau tubuh badan, ekspresi dan identiti yang tidak terdiri daripada lelaki dan perempuan, fasilitator harus membenarkannya. Fasilitator tidak perlu terikat dengan arahan aktiviti.

Hal ini juga boleh menjadi pencetus kepada perbincangan. Sebagai contohnya, sekiranya ada kumpulan yang membentangkan gambaran seorang perempuan yang butch atau tubuh badan seorang interseks bincang dengan peserta:

Sesi ini mungkin memberi ruang untuk perkongsian peribadi oleh para peserta. Galakkan berkongsi kerana ia akan membolehkan orang memahami stereotaip. Pada masa yang sama perhatikan masa.

Apakah tubuh badan, identiti dan ekspresi kita hanya terhad kepada dua model (model perempuan dan model lelaki) sahaja?
  • Apakah kesan daripada idea-idea ini di dalam kehidupan seharian, persepsi umum dan adakah ia mempengaruhi penggubalan polisi dan undang-undang?

  • Stereotaip. Apa tanggapan masyarakat terhadap perempuan atau indvidu interseks tersebut? Dari manakah datangnya stereotaip tersebut?
  • Binari. Adakah tanggapan binari mengenai identiti, ungkapan dan badan kita?

  • Interseks, trans, dan bukan binari.

  • Objektif & apa yang diperlukan?

    Objektif

    • Mengukuhkan pemahaman berkenaan SOGIESC

    • Membezakan fakta daripada mitos dalam memahami SOGIESC

    Pengagihan Masa

    60 minit

    Bahan yang diperlukan

    • Kertas

    • Projektor

    • Slaid pembentangan

    Format

    • Latihan individu

    • Pembentangan

    Aktiviti 2: Label

    Apakah yang anda boleh jangka daripada aktiviti ini?

    Memahami terma SOGIESC dan terma-terma yang digunakan dalam payung LGBTIQ++.

    Apakah mesej utama atau perkara yang perlu disampaikan?

    • Memahami perbezaan antara orientasi seksual, identiti gender, ekspresi gender dan seks serta istilah yang termasuk dalam kategori tersebut.

    • Semuanya terletak dalam spektrum, bukan binari (Everything is a spectrum, not binary).

    Objektif & apa yang diperlukan?

    Objektif

    • Memahami apa itu orientasi seksual, identiti gender, ekspresi gender dan ciri-ciri seks

    • Memahami terminologi berkenaan SOGIESC

    Nota fasilitator

    Istilah-istilah yang tergolong dalam lebih daripada satu kategori.

    • ‘Queer’ boleh digunakan untuk merujuk kepada orientasi seksual dan gender. Queer juga digunakan sebagai terma payung untuk merujuk kepada semua dalam spektrum LGBTIQ+

    • Pengkid boleh digunakan sebagai identiti gender dan ekspresi gender. Pengkid boleh digunakan untuk merujuk kepada lelaki trans, trans maskulin, lesbian butch, individu bukan binari, dan individu yang diberikan (assigned) identiti perempuan semasa lahir yang mengekspresikan diri secara maskulin.

    Penggunaan label dalam Bahasa Melayu (BM).

    Pengagihan Masa

    75 minit

    Bahan yang diperlukan

    • Kertas mahjong

    • Kertas kecil atau stick it note

    • Pen penanda (marker pen)

    Format

    Kerja berkumpulan

  • BM ialah sebuah bahasa yang tidak bergender seperti bahasa Inggeris, Arab, Perancis atau bahasa-bahasa bergender lain. BM mempunyai sistem pengganti kata nama yang inklusif, seperti 'dia' dan beliau', berbanding dengan bahasa Inggeris yang menggunakan kata ganti nama bergender seperti 'he', 'she', 'they'. Walau bagaimanapun, terdapat penggunaan isitilah yang menunjukkan hierarki atau pangkat berdasarkan gender seperti cik, puan, tuan, encik, kakak, abang, dan lain-lain.

  • Penting untuk diakui bahawa banyak istilah yang kita bincangkan adalah dalam bahasa Inggeris dan kadang-kadang terdengar janggal ketika diterjemahkan.

  • Istilah seperti interseks, transgender, lesbian, gay, biseksual, gender diverse dan lain-lain yang selalu kita gunakan merupakan bahasa advokasi. Akan tetapi, terdapat banyak lagi istilah atau terma yang digunakan oleh komuniti LGBTIQ+ dan masyarakat. Terma-terma ini juga mungkin berbeza-beza berdasarkan lokasi geografi, etnik, kelas, umur, dan banyak lagi.

  • Istilah sedia ada berkenaan individu LGBTIQ+ dalam BM juga wujud dalam masa yang berbeza dan mungkin tidak menggambarkan kerumitan dan kepelbagaian identiti seperti yang kita ketahui sekarang. Oleh itu, proses mencari dan mencipta bahasa baharu adalah proses yang sentiasa berevolusi. Sebagai contoh, tidak ada terjemahan atau istilah untuk bukan binari dalam BM walaupun individu bukan binari sememangnya telah wujud dalam pelbagai komuniti berbeza atau menggunakan bahasa lain untuk menggambarkan diri mereka.

  • Evolusi bahasa dan istilah dalam BM di Malaysia.

    Pondan digunakan sebagai istilah payung untuk menggambarkan seorang lelaki yang diberikan identiti (assigned) lelaki semasa lahir yang mengekspresikan diri mereka secara feminin, dan juga kepada perempuan trans dan lelaki queer. Pada tahun 80-an, komuniti perempuan trans di Malaysia memperkenalkan istilah mak nyah.

    Penggunaan istilah 'sex' dan 'gender'

    • ‘Sex’ diterjemahkan sebagai seks (ciri-ciri seks) atau jantina dalam BM. Manakala ‘gender’ kekal gender dalam BM.

    • 'Sex' adalah seperti bekas atau kotak, manakala 'gender' adalah kandungan dalam bekas tersebut. Seseorang kadang-kadang dapat meneka apa yang ada di dalam sesuatu bekas dengan melihatnya dari luaran, tetapi tekaan mereka mungkin tidak betul. Satu-satunya cara untuk seseorang mengetahui adalah dengan bertanyakan tuan bekas itu. Selain itu, walaupun ada bekas dengan ukuran atau jenis yang sama, mereka mungkin berhias atau dipersembahkan dengan cara yang berbeza, yang mencerminkan keperibadian mereka.

    • Seks atau jantina tidak merujuk hanya kepada genital atau alat kelamin kita sahaja. Seks adalah gabungan organ reproduktif luaran dan dalaman, kromosom, hormon, dan ciri seks sekunder. Terdapat banyak jenis kromosom seks lebih daripada XX dan XY.

    • Seks juga dibina secara sosial (socially constructed) berdasarkan jenis badan, persepsi fungsi reproduktif berdasarkan genital yang boleh dilihat, dan lain-lain. Fahaman umum berkenaan seks bersifat binari dan mengukuhkan norma-norma binari – sebagai contoh, seseorang yang ditentukan lelaki semasa kelahiran mestilah lelaki cisgender, heteroseksual, dan membawa diri mereka dengan cara maskulin.

    • Fahaman (construct) ini memberi kesan buruk kepada individu interseks atau orang lain yang mungkin tidak tergolong dalam badan binari lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, bayi dan kanak-kanak interseks yang terpaksa mengalami ‘pembedahan menormalkan’ (normalising surgeries) atau ‘mutilasi genital interseks’ (intersex genital mutilation) untuk 'membetulkan diri mereka' agar sesuai dengan acuan binari lelaki-perempuan.

    • Di samping itu, terdapat juga anggapan bahawa seks dan gender adalah sama. Kesannya, terdapat dinamik kuasa yang tidak sama antara orang dalam kategori gender yang berbeza. Sebagai contoh, perempuan transgender mempunyai kuasa dan suara yang terhad dalam masyarakat kerana mereka dianggap berada di luar kategori binari gender. Seorang perempuan yang mengekspresikan diri mereka dengan cara maskulin, atau lelaki yang memakai skirt atau mengekspresikan diri mereka dengan cara feminin dikritik oleh masyarakat kerana tidak mematuhi norma gender.

    • Gender adalah istilah payung yang merangkumi identiti gender, ekspresi gender, peranan gender dan banyak lagi. Gender mempunyai pelbagai dimensi. Ini merujuk kepada identiti seseorang, seperti bagaimana mereka melihat diri mereka di sepanjang spektrum perempuan atau lelaki, semuanya, atau tidak langsung. Genital (atau alat kelamin) seseorang tidak mewakili identiti gender mereka.

    • Orientasi seksual pula merujuk kepada tarikan seksual dan/atau romantik.

    Penting untuk ditekankan bahawa semua tubuh badan adalah sebahagian fitrah semulajadi yang cantik dan unik. Tiada satu pun tubuh badan atau diri yang sama. Penting untuk diperhatikan bahawa individu LGBTIQ+ mempunyai hak yang sama untuk membina keluarga, dan juga hak kesihatan, termasuklah: hak-hak kesihatan seksual dan reproduktif yang sama rata.

    Metodologi

    Cara pengendalian aktiviti

    1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil.

    2. Minta setiap kumpulan untuk tuliskan dalam kertas kecil seberapa banyak istilah yang mereka tahu berkaitan dengan SOGIESC. Ingatkan para peserta untuk gunakan satu kertas untuk satu istilah.

    3. Kemudian minta para peserta untuk mengkategorikan istilah yang mereka tulis mengikut kategori berikut di atas kertas mahjong:

    • Orientasi seksual

    • Identiti gender

    • Ekspresi gender

    1. Fasilitator juga boleh meminta para peserta untuk menandakan istilah-istilah yang membawa maksud negatif, melecehkan atau menghina.

    2. Setiap kumpulan dijemput untuk membentangkan perbincangan mereka. Pembentangan boleh dibuat mengikut kumpulan atau mengikut kategori. Sebagai contoh, fasilitator boleh meminta semua kumpulan untuk membentangkan ciri-ciri seks dan identiti dalam kategori tersebut.

    Perbincangan

    Dalam perbincangan aktiviti ini, fasilitator boleh mengemukakan soalan-soalan berikut:

    • Adakah sifat atau ciri-ciri yang dikenalpasti hanya eksklusif untuk lelaki atau perempuan sahaja?

    • Dari manakah datangnya idea-idea ini? Adakah idea-idea ini selari dengan realiti kehidupan kita dan realiti berkenaan kepelbagaian?

    • Apakah tubuh badan, identiti dan ekspresi kita hanya terhad kepada dua model (model perempuan dan model lelaki) sahaja?

    Dalam perbincangan betulkan maklumat yang tidak tepat. Seterusnya, perkenalkan konsep stereotaip, konstruk sosial, dan binari. Akhir sekali, rumuskan perkara-perkara penting.

    Modul 1: SOGIESC

    Objektif modul

    Modul ini bermatlamat untuk memberi kefahaman yang menyeluruh tentang:

    • Terminologi SOGIESC yang berbeza dan maksudnya.

    • Perbezaan antara orientasi seksual, identiti gender, ekspresi gender, dan ciri-ciri seks atau jantina.

    • Kepelbagaian manusia dalam SO, GI, GE, dan SC.

    Modul ini mengandungi tiga aktiviti

    Fasilitator dan penganjur diberikan kebebasan untuk memilih mana-mana aktiviti yang sesuai serta mengubah suai aktiviti mengikut keperluan.

    Seks/jantina dan gender selalu disamakan. Pastikan para peserta jelas berkenaan perbezaan antara kedua-dua perkara tersebut

    Terminologi

    • Identiti gender merujuk kepada pengalaman mendalam yang dirasai oleh setiap individu berkenaan identiti gender mereka, yang mungkin atau mungkin tidak sepadan dengan identiti yang diberikan semasa lahir. Hal ini termasuklah perasaan mereka terhadap tubuh badan (yang mungkin melibatkan, jika dipilih secara bebas, pengubahsuaian penampilan atau fungsi badan melalui proses perubatan, pembedahan. atau cara lain) dan penzahiran gender menerusi, pakaian, pertuturan dan perbuatan atau pergerakan tubuh badan.

    • Transgender, trans. Transgender merujuk kepada seseorang yang mendapati gender yang diberikan ketika lahir tidak selaras dengan pengalaman hidupnya.

      Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan, tidak selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

      Transgender merupakan istilah yang digunakan sebagai istilah payung (‘umbrella term’) untuk merangkumi individu yang mendapati naluri, perasaan, cara dia melihat diri sendiri, dan pengalaman hidup mereka tidak selaras dengan jantina (seks) dan/atau gender yang diberikan selepas lahir.

      Transgender merangkumi kepelbagaian, dan bukan semua individu transgender mahu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan bagi mengukuhkan identiti gender mereka.

    • Trans woman or woman. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai perempuan. Juga dikenali sebagai mak nyah di Malaysia

    • Trans man or man. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki.

    • Transsexual. Transeksual merupakan istilah lama yang merujuk secara khusus kepada individu yang mahu menjalani transisi secara perubatan, iaitu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan untuk mengukuhkan identitinya.

      Transeksual bukan istilah payung (‘umbrella term’) seperti transgender. Bukan semua orang menggelarkan diri mereka transsexual, terutama sekali dengan adanya istilah baharu yang lebih digemari, seperti trans woman, trans man, dan individu transgender. Sila bertanya kepada individu berkenaan istilah yang mereka gunakan untuk menggelarkan diri mereka.

    • Pengkid. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki atau identiti yang maskulin.

    • Gender queer, gender fluid. Gender queer merujuk kepada seorang yang melihat dirinya sebagai kombinasi gender atau tidak melihat atau mengidentifikasikan dirinya sebagai mana-mana gender.

    • Gender diverse. Terma payung yang digunakan untuk merangkumi golongan non-binary, gender fluid, gender non-conforming dan sebagainya

    • Cisgender. Cisgender merujuk kepada seseorang yang merasakan gender yang diberikan kepadanya semasa lahir selaras atau secocok atau selari dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

      Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan — selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

    • Orientasi seksual merujuk kepada tarikan seksual dan/atau romantik.

    • Lesbian – merujuk kepada perempuan (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/atau seksual terhadap perempuan (cisgender dan transgender)

    • Gay – merujuk kepada lelaki (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/atau seksual terhadap lelaki (cisgender dan transgender)

    • Ciri-ciri seks atau jantina - ciri-ciri fizikal seseorang berkenaan seks, termasuklah genital atau alat kelamin dan anatomi reproduktif lain, kromosom serta hormon, dan ciri-ciri fizikal lain yang mungkin hadir disebabkan akil baligh. Adalah penting untuk memahami kedua-dua seks dan identiti gender. Perlu ditegaskan di sini bahawa tubuh badan kita tidak menentukan identiti gender kita.

    • Interseks - Individu interseks lahir dengan ciri-ciri seks (termasuklah genital atau alat kelamin, gonad dan corak kromosom) yang di luar pemahaman binari tubuh badan lelaki dan perempuan. Interseks ialah terma payung yang digunakan untuk menjelaskan variasi tubuh badan yang pelbagai. Individu interseks juga mempunyai identiti gender, ekspresi gender dan orientasi seksual.

    Ekspresi gender merujuk kepada cara kita menzahirkan gender kita melalui tindakan dan perwatakan, termasuklah pemakaian, percakapan dan tingkah laku. Ekspresi gender seseorang tidak semestinya 'selari' dengan seks, identiti gender atau orientasi seksual.

    Ciri-ciri seks

    Apakah kesan daripada idea-idea ini di dalam kehidupan seharian, persepsi umum dan adakah ia mempengaruhi penggubalan polisi dan undang-undang?

    Biseksual – merujuk kepada seseorang (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/ seksual terhadap lelaki dan perempuan

  • Queer – boleh merujuk kepada orientasi seksual dan identiti gender. Daripada orientasi seksual merujuk kepada tarikan romantik dan/atau seksual yang tidak ditentukan oleh identiti seseorang

  • Panseksual – merujuk kepada seseorang yang tertarik secara romantik dan/atau seksual kepada mana-mana orang tanpa mengira identiti atau ekspresi gender mereka

  • Aseksual – merujuk kepada seseorang yang tiada atau mempunyai kurang tarikan seksual terhadap orang lain

  • Aktiviti 1: Apakah yang membuatkan anda seorang individu? (What makes you a person?)
    Aktiviti 2: Label
    Aktiviti 3: Fakta dan mitos

    Rujukan

    Bahagian ini mengandungi pautan rujukan buat fasilitator.

    Nota fasilitator

    Bahagian ini mengandungi nota rujukan buat fasilitator.

    Fakta

    Seks dan gender itu adalah berbeza

    Seks dan gender merujuk kepada dua perkara berbeza. Seks atau jantina merujuk kepada ciri-ciri fizikal seseorang berkenaan seks, termasuklah genital atau alat kelamin dan anatomi reproduktif lain, kromosom serta hormon, dan ciri-ciri fizikal lain yang mungkin hadir disebabkan akil baligh.

    Identiti gender pula merujuk kepada pengalaman mendalam yang dirasai oleh setiap individu berkenaan identiti gender mereka, yang mungkin atau mungkin tidak sepadan dengan identiti yang diberikan semasa lahir. Hal ini termasuklah perasaan mereka terhadap tubuh badan (yang mungkin melibatkan, jika dipilih secara bebas, pengubahsuaian penampilan atau fungsi badan melalui proses perubatan, pembedahan. atau cara lain) dan penzahiran gender menerusi, pakaian, pertuturan dan perbuatan atau pergerakan tubuh badan.

    Adalah penting untuk memahami kedua-dua seks dan identiti gender. Perlu ditegaskan di sini bahawa tubuh badan kita tidak menentukan identiti gender kita.

    'LGBT' bukan satu fenomena baharu

    Individu LGBTIQ+ atau kepelbagaian gender, seks dan orientasi seksual adalah sebahagian Adaripada kepelbagaian alam semesta yang wujud selari dengan kejadian-kejadian lain. Kepelbagaian gender, seks dan orientasi seksual adalah satu kejadian yang normal.

    Dokumentasi kepelbagaian ini boleh dilihat di seluruh dunia dengan menggunakan pelbagai nama. Sebagai contoh, kepelbagaian identiti dan ekspresi gender boleh dilihat melalui hijra di India atau di Samoa. Di Asia Tenggara, terdapat pelbagai dokumentasi kepelbagaian gender dan orientasi seksual. Sebagai contoh, , sida-sida, basir, dan sebagainya.

    Perlu juga diingati bahawa penggunaan terma-terma mungkin lebih fleksible atau umum untuk merangkumi identiti lesbian, gay, biseksual, trans, interseks dan sebagainya. Kesedaran tentang limitasi bahasa seiring dengan peningkatan pemahaman tentang gender, seks dan orientasi seksual telah memberi ruang untuk memperkenalkan terma-terma baharu yang lebih sesuai.

    Terma 'LGBTIQ' adalah terma moden. Walaupun demikian, kepelbagaian gender, seks dan orientasi seksual sememangnya telah lama wujud dalam, antara lain, bentuk, bahasa, serta budaya.

    'LGBT' bukan satu bentuk 'gaya hidup' atau 'budaya'

    Individu LGBT menerima impak yang besar akibat penggunaan dan penyebaran naratif 'mempromosikan gaya hidup atau budaya LGBT'. Naratif ini bukan sahaja boleh dilihat di Malaysia, malah di pelbagai negara.

    Pertama sekali, naratif ini bersifat misinformation kerana ianya tidak berasaskan fakta atau bukti. Kepelbagaian gender, seks dan orientasi seksual adalah normal.

    Keduanya, naratif ini mensalahtafsirkan kebebasan berekspresi individu LGBTIQ dengan 'mempromosi gaya hidup atau budaya LGBT'. Kesan daripada naratif ini amat meluas, terutamanya terhadap kebebasan berekspresi, akses kepada maklumat, perkhidmatan, sokongan sokong bantu dan sebagainya kerana perkara-perkara ini dilihat sebagai alat-alat untuk 'mempromosi LGBT'.

    Realitinya, golongan heterosexual yang mempromosikan gaya hidup dan norma-norma heteroseksual serta cisgender sehinggakan apa-apa bentuk kepelbagaian manusia lain tidak dibenarkan sama sekali.

    Mitos

    Individu LGBT boleh diubah, atau kembali ke pangkal jalan

    Mengubah individu orientasi seksual, identiti dan ekspresi gender serta ciri-ciri seks seseorang adalah satu bentuk pencabulan hak asasi manusia oleh sebab kesan jangka masa panjang terhadap individu LGBTIQ.

    Idea yang seseorang itu 'menjadi LGBT' kerana kurang kasih sayang, penderaan seksual dan sebagainya adalah tidak benar atau berasaskan fakta atau bukti. Lebih penting lagi ialah idea-idea mengubah seseorang dan lain-lain institusi kerana kemudaratannya yang tinggi serta ketiadaan fakta atau bukti untuk menyokong amalan ini.

    berkenaan oleh Independent Expert on Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) menyatakan bahawa amalan mengubah orientasi seksual dan identiti gender sememangnya mengaibkan dan mendiskriminasi individu LGBTIQ+. Idea yang seseorang itu boleh diubah berakar umbi daripada kepercayaan bahawa individu LGBTIQ+ adalah lebih rendah dari segi kuasa atau taraf (inferior), dan mereka mestilah pada apa jua kos mengubah orientasi atau identiti mereka untuk membetulkan mereka. Laporan tersebut menegaskan bahawa amalan ini merupakan pencabulan hak kepada autonomi badan, kesihatan dan ekspresi bebas orientasi seksual dan identiti gender seseorang. Apabila dilakukan secara paksa, mereka juga merupakan pelanggaran terhadap larangan penyeksaan dan penganiayaan.

    Individu interseks mempunyai dua jenis alat kelamin

    Individu lahir dengan ciri-ciri seks (termasuklah genital atau alat kelamin, gonad dan corak kromosom) yang di luar pemahaman binari tubuh badan lelaki dan perempuan. Interseks ialah terma payung yang digunakan untuk menjelaskan variasi tubuh badan yang pelbagai.

    Genital atau alat kelamin kita adalah satu spektrum. Sekiranya kita letakkan vagina di satu hujung garisan, dan zakar di hujung garisan yang bertentangan, terdapat banyak lagi variasi alat kelamin yang berada di sepanjang garisan itu. Anggaplah alat kelamin kita sebagai bunga orkid – bukan hanya satu atau dua, malah lebih daripada itu!

    Individu LGBT mengalami masalah mental, dan ini merupakan salah ibu bapa mereka.

    American Psychological Association atau Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah daripada Manual Statistik Diagnostik (DSM) pada tahun 1975, kerana "penyelidikan tidak menemui kaitan antara mana-mana orientasi seksual dan psikopatologi ini" dan "tingkah laku heteroseksual dan tingkah laku homoseksual adalah aspek normal manusia seksualiti.”

    APA juga telah mengubah "gender identity disorder" dengan "gender dysphoria", dan membuat penjelasan penting lain dalam kriteria untuk mengurangkan stigma terhadap individu trans, non binary dan lain-lain lagi. Hal ini bukan sahaja lebih sesuai dan konsisten dengan terminologi seksologi klinikal yang biasa, ia juga menghilangkan konotasi bahawa pesakit "terganggu".

    International Classification of Diseases atau Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11) mengalih keluar semua diagnosis yang berkaitan trans daripada bab kesihatan mental kerana 'bukti kini jelas bahawa ia bukan satu bentuk gangguan mental, dan sememangnya mengklasifikasikannya sebegitu boleh menyebabkan stigma yang besar bagi individu yang transgender, masih terdapat keperluan penjagaan kesihatan yang penting yang boleh dipenuhi sebaik-baiknya jika syarat tersebut dikodkan di bawah ICD.'

    Aktiviti 3: Fakta dan mitos

    Apakah yang anda boleh jangka daripada aktiviti ini?

    Membetul maklumat yang tidak betul atau salah berkenaan individu LGBTIQ+

    Apakah mesej utama atau perkara yang perlu disampaikan?

    • Mitos berkenaan golongan LGBTIQ++ wujud kerana prejudis atau stigma. Mitos-mitos berkenaan golongan LGBTIQ+ adalah misinformation yang harus dibetulkan kerana impaknya yang mendalam terhadap penerimaan diri dan masyarakat, akses kepada hak, peluang, maklumat, perkhidmatan serta lain-lain lagi.

    • Berikan senaraikan rujukan kepada para peserta untuk mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan golongan LGBTIQ++. Anda boleh menggunakan senarai rujukan dalam modul ini

    Gender incongruence
    kini diklasifikasikan semula di bawah keadaan kesihatan seksual dalam ICD-11.
    fa'afafine dan fa'afatama
    manang bali
    balian
    ditolak oleh badan-badan perubatan, hak asasi manusia
    Sebuah laporan
    so-called 'conversion therapy'
    interseks
    mengeluarkan homoseksualiti
    Sumber: UN Free & Equal
    Keluaran Toto HK Hari Ini = Data HK - Pengeluaran HK Prize - Togel Hongkong Malam Inianotasi.com
    Social Constructionism DefinitionThoughtCo

    Rujukan

    Bahagian ini mengandungi pautan rujukan buat fasilitator.

    Metodologi

    Cara pengendalian aktiviti

    Aktiviti ini boleh dikendalikan melalui beberapa kaedah.

    • Berikan arahan aktiviti kepada para peserta. Dalam aktiviti ini, bergantung kepada ruang yang anda ada, minta peserta untuk bergerak atau melakukan aksi berikut setelah fasilitator membaca satu-satu kenyataan. Sekiranya mereka mendapati kenyataan tersebut

    • Fakta – bergerak ke kiri, atau berdiri

    • Mitos – bergerak ke kanan, atau duduk

    • Bacakan kenyataan (seperti di bawah) satu demi satu. Anda boleh melakukan perbincangan kecil dengan para peserta selepas setiap kenyataan.

    • Pada akhir sesi, rumuskan perkara-perkara penting.

    • Agihkan kertas kepada para peserta. Minta para peserta untuk melukis tiga lajur (columns) di atas kertas masing-masing. Tandakan setiap lajur sebagai: Soalan, Sebelum, dan Selepas.

    • Berdasarkan pernyataan yang diberikan, peserta dikehendaki untuk melabel pernyataan tersebut sama ada “fakta” atau “mitos” di ruang “sebelum”. Minta para peserta untuk menyimpan kertas masing-masing.

    • Para peserta tidak perlu untuk berkongsi jawapan mereka. Sebaliknya, fasilitator boleh bertanya soalan berkenaan proses atau kuiz secara keseluruhan. Sebagai contohnya: Berapa orang dapat menjawab semua soalan? Ada apa-apa yang mereka tak pasti? Susah tak soalan-soalan ini?

    • Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

    • Setiap kumpulan diberikan satu atau dua penyataan yang berbeza.

    • Dalam kumpulan kecil, para peserta diminta untuk bincang sama ada kenyataan yang diberikan adalah fakta atau mitos. Mereka juga harus memberikan sebab untuk menyokong penentuan mereka.

    Contoh kenyataan yang boleh diutarakan

    • Seks dan gender itu adalah sama.

    • Individu LGBT mengalami masalah mental, dan ini merupakan salah ibu bapa mereka.

    • Individu interseks mempunyai dua jenis alat kelamin.

    • Individu LGBT boleh diubah, atau kembali ke jalan yang benar. LGBT ini satu fenomena baharu.

    Fasilitator sentiasa boleh menambah atau mengubah penyataan-penyataan ini berdasarkan tahap keselesaan dan kemampuan mereka untuk menangani dan membongkar fakta dan mitos.

    Sebagai contohnya, fasilitator boleh bertanya — adakah ianya mitos atau fakta bila orang mengatakan bahawa individu LGBT ini berdosa?

    Sebelum mengutarakan penyataan sendiri, bersedia dengan maklumat yang sahih, atau jemput nara sumber yang boleh membantu membongkar dan menangani setiap penyataan ini.

    Penghargaan

    Rainbow Forward ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang kandungan Module Latihan Penganjuran Bengkel ini. Modul adalah sebahagian daripada siri modul latihan oleh Rainbow Forward.

    Siri modul latihan ini tidak dapat menjadi kenyataan tanpa segala sumbangan, pandangan, penyertaan, dan penglibatan daripada orang perseorangan, kumpulan, serta organisasi berikut:

    • thilaga & Sulastri Ariffin (Justice for Sisters),

    • declan (Pelangi Campaign),

    • Andi Suraidah (Legal Dignity),

    • Suri Kempe & Pang Khee Teik (),

    • Dorian Wilde (Transmen of Malaysia),

    • Ryan Ong & Gavin Chow (People Like Us Hang Out - PLUHO),

    • Yee Shan (Diversity),

    • Numan Afifi (JEJAKA),

    • Lucas Heng (PLUSOS),

    • Angela M. Kuga Thas (),

    • Nurul MA,

    • Nicole Fong,

    • Jac sm Kee,

    • Yasin Basri

    • Umyra Ahmad

    • Ahmad Salami

    • Azzad Mahdzir

    • Aiman Azahari

    Siri modul latihan ini disusun dan disunting oleh Andi Suraidah, Zana Fauzi, Yasin Basri & thilaga dengan koordinasi oleh declan.

    Kami amat menghargai kepelbagaian sumbangan kepakaran dan pengalaman berharga oleh semua pihak.

    Dihasilkan oleh Rainbow Forward dengan sokongan Outright International.

    Tidak pasti atau tidak tahu
    – bergerak ke tengah-tengah ruang
  • Fasilitator kemudiannya boleh mengulang kuiz ini pada akhir bengkel, sekiranya mahu. Peserta boleh melihat sama ada terdapat perbezaan dalam pengetahuan dan pendirian mereka setelah menjalani sesi atau bengkel.

  • Setiap kumpulan kemudian diminta untuk membentangkan hasil perbincangan mereka.
  • Setelah selesai pembentangan kumpulan, betulkan maklumat yang tidak tepat dan rumuskan perkara-perkara penting.

  • Perubahan individu LGBT adalah merupakan hak agama mereka.

    Queer Lapis
    KRYSS Network
    Logo
    Logo
    What issues do intersex people face in Malaysia? - Queer LapisQueer Lapis
    Mengandungi maklumat ringkas berkenaan isu-isu yang dialami oleh individu interseks di Malaysia
    UPDATE: gender bear now in BM, Chinese language & Englishjusticeforsisters
    Gender Bear by Justice For Sisters Terdapat dalam Bahasa Melayu dan Mandarin
    https://www.genderbread.orgwww.genderbread.org
    Genderbread Person v4.0 by Sam Killermann (2012). Terdapat juga worksheet genderbread person untuk latihan
    Khunsa, Interseks, Transgender & Konotasi Pemahaman - Queer LapisQueer Lapis
    Artikel dalam BM berkenaan individu interseks dan transgender
    Queer Lapis Glossary: A Friendly Guide to the L, G, B, T, Q, plus plus! - Queer LapisQueer Lapis
    Definisi bagi LGBTIQ terdapat dalam BM
    Media guides | Panduan media BM & chinese languagejusticeforsisters
    Panduan media ini mengandungi glosari
    UN Free & Equalwww.unfe.org
    Mengandungi sumber maklumat berkenaan golongan LGBTI menerusi kerangka hak asasi manusia
    Logo
    Logo
    https://www.ohchr.org/en/issues/discrimination/pages/bornfreeequalbooklet.aspxwww.ohchr.org
    Mengandungi sumber maklumat berkenaan golongan LGBTI menerusi kerangka hak asasi manusia
    Dispelling the myths about transgender peoplePursuit
    Merungkai mitos berkenaan individu transgender
    Its Intersex Awareness Day - here are 5 myths we need to shatterAmnesty International
    5 mitos berkenaan individu interseks dirungkai oleh Amnesty International
    Sexual Orientation Myths & Facts | Lesbian Gay Bisexual Transgender Center | Case Western Reserve UniversityLesbian Gay Bisexual Transgender Center | Case Western Reserve University
    Fakta dan mitos berkenaan orientasi seksual
    Logo
    Logo
    Logo
    Logo
    https://www.genderjustice.us/get-the-facts-trans-equity-in-sportswww.genderjustice.us
    Fakta berkenaan penglibatan atlet transgender dalam sukan
    Logo
    Logo
    Logo