Metodologi

Cara pengendalian aktiviti

  • Berikan setiap peserta ‘kad pengenalan’ masing-masing.

  • Minta para peserta untuk berdiri dalam satu baris secara rawak.

  • Berikan arahan aktiviti kepada para peserta. Berdasarkan identiti mereka dalam kad pengenalan mereka, minta para peserta untuk bergerak mengikut arahan di bawah selepas fasilitator membacakan satu-satu pernyataan

circle-info
  • Ambil satu langkah ke hadapan sekiranya mereka bersetuju dengan pernyataan yang dibaca

  • Ambil satu langkah ke belakang sekiranya mereka tidak bersetuju dengan pernyataan yang dibaca

  • Kekal di tempat mereka sekiranya pernyataan yang dibaca tidak relevan atau tidak mempunyai kesan terhadap mereka.

  • Pada akhir aktiviti, para peserta diminta untuk melihat kedudukan mereka dan sejauh mana mereka bergerak.

  • Fasilitator boleh bertanya kepada para peserta:

circle-check
  • Rumuskan faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan antara kedudukan para peserta dalam aktiviti ini, dan sedikit penjelasan berkenaan intersectionality. Anda boleh gunakan slaid untuk menerangkan intersectionality atau gunakan papan tanda untuk menulis perkara-perkara penting.

Contoh pernyataan

  • Pinjaman bank anda mampu diuruskan tanpa sebarang isu.

  • Anda mampu membuat laporan polis tanpa sebarang isu.

  • Anda selesa mengekspresikan diri anda di ruang awam.

  • Anda mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

  • Anda mampu mendermakan darah.

  • Anda mampu mendapatkan kondom dan pencegah kehamilan (contraceptive) tanpa sebarang halangan.

  • Anda mampu mendapatkan servis perkhidmatan pakar kesihatan mental tanpa sebarang isu.

  • Anda mampu untuk mendapatkan servis ujian dan rawatan STI tanpa sebarang isu.

  • Anda mampu mendaftar di institusi pendidikan tanpa sebarang isu.

  • Anda bebas bergerak di ruang awam tanpa sebarang halangan.

  • Anda tinggal di kawasan yang selamat daripada bencana alam.

  • Anda mampu menzahirkan kasih sayang anda kepada pasangan anda di ruang awam tanpa sebarang isu.

  • Anda mampu mendapatkan hubungan internet di kawasan tempat tinggal anda tanpa sebarang isu.

circle-info

Fasilitator boleh bertanyakan kepada para peserta berkenaan aspek identiti yang telah dirangkumkan di dalam bunga yang telah dilukis.

Last updated