Metodologi

Cara pengendalian aktiviti

  • Berikan setiap peserta ‘kad pengenalan’ masing-masing.

  • Minta para peserta untuk berdiri dalam satu baris secara rawak.

  • Berikan arahan aktiviti kepada para peserta. Berdasarkan identiti mereka dalam kad pengenalan mereka, minta para peserta untuk bergerak mengikut arahan di bawah selepas fasilitator membacakan satu-satu pernyataan

  • Ambil satu langkah ke hadapan sekiranya mereka bersetuju dengan pernyataan yang dibaca

  • Ambil satu langkah ke belakang sekiranya mereka tidak bersetuju dengan pernyataan yang dibaca

  • Kekal di tempat mereka sekiranya pernyataan yang dibaca tidak relevan atau tidak mempunyai kesan terhadap mereka.

  • Pada akhir aktiviti, para peserta diminta untuk melihat kedudukan mereka dan sejauh mana mereka bergerak.

  • Fasilitator boleh bertanya kepada para peserta:

  • Siapa yang paling banyak bergerak ke depan?

  • Apakah faktor-faktor yang membolehkan mereka bergerak ke depan berbanding orang lain?

  • Siapa yang paling banyak bergerak ke belakang?

  • Apakah faktor-faktor yang mendorong mereka terbelakang berbanding orang lain? Siapa yang berada di kedudukan yang sama?

  • Apakah faktor yang mengekalkan kedudukan mereka Bolehkan keadaan dan kedudukan ini dapat diubah atau disamaratakan?

  • Rumuskan faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan antara kedudukan para peserta dalam aktiviti ini, dan sedikit penjelasan berkenaan intersectionality. Anda boleh gunakan slaid untuk menerangkan intersectionality atau gunakan papan tanda untuk menulis perkara-perkara penting.

Contoh pernyataan

  • Pinjaman bank anda mampu diuruskan tanpa sebarang isu.

  • Anda mampu membuat laporan polis tanpa sebarang isu.

  • Anda selesa mengekspresikan diri anda di ruang awam.

  • Anda mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

  • Anda mampu mendermakan darah.

  • Anda mampu mendapatkan kondom dan pencegah kehamilan (contraceptive) tanpa sebarang halangan.

  • Anda mampu mendapatkan servis perkhidmatan pakar kesihatan mental tanpa sebarang isu.

  • Anda mampu untuk mendapatkan servis ujian dan rawatan STI tanpa sebarang isu.

  • Anda mampu mendaftar di institusi pendidikan tanpa sebarang isu.

  • Anda bebas bergerak di ruang awam tanpa sebarang halangan.

  • Anda tinggal di kawasan yang selamat daripada bencana alam.

  • Anda mampu menzahirkan kasih sayang anda kepada pasangan anda di ruang awam tanpa sebarang isu.

  • Anda mampu mendapatkan hubungan internet di kawasan tempat tinggal anda tanpa sebarang isu.

Fasilitator boleh bertanyakan kepada para peserta berkenaan aspek identiti yang telah dirangkumkan di dalam bunga yang telah dilukis.

Last updated