Metodologi
Last updated
Last updated
Sebelum anda memulakan aktiviti ini, tunjukkan dahulu sebuah contoh supaya para peserta boleh mendapat gambaran menyeluruh aktiviti ini.
Para peserta diberikan sekeping kertas untuk melukis sekuntum bunga yang mewakili identiti-identiti anda mengikut arahan anda. Lukisan bunga ini mempunyai tiga lapisan atau lingkaran
Mula dengan meminta para peserta untuk melukis satu bulatan bersaiz medium di tengah-tengah kertas. Bulatan di tengah-tengah adalah anda.
Sekeliling bulatan di tengah tersebut, minta para peserta untuk melukis 6 bulatan kecil untuk membentuk kelopak bunga. Lapisan bulatan ini dikenali sebagai lingkaran dalam.
Setiap bulatan dalam lingkaran dalam ini mewakili satu identiti seperti kumpulan etnik, identiti gender, orientasi seksual, agama, kewarganegaraan, kelas atau status sosio-ekonomi, keupayaan mental & fizikal, umur, wilayah geografi dan sebagainya.
Minta para peserta untuk menulis satu kategori identiti sosial dalam setiap bulatan dalam lingkaran dalam. Dalam bulatan yang sama minta para peserta untuk menulis identiti mereka mengikut kategori identiti sosial. Sebagai contoh, atheist untuk kategori agama, lelaki cisgender untuk identiti sosial dan sebagainya.
Anda boleh mengubahsuai kategori-kategori identiti sosial tersebut mengikut kesesuaian para peserta. Anda juga boleh meminta para peserta untuk menyenaraikan beberapa identiti sosial dan pilih 6 identiti sosial untuk lingkaran dalam daripada senarai tersebut.
Di sekitar lingkaran dalam, sila lukis 6 lagi bulatan kecil untuk membentuk sebuah lingkaran luar. Setiap bulatan dalam lingkaran luar berkait dengan setiap kategori dalam lingkaran dalam. Minta para peserta untuk menulis kumpulan dominan dalam setiap kategori tersebut. Sebagai contoh, kenalpasti siapakah kumpulan dominan dalam kategori agama, orientasi seksual, identiti gender, dan kategori-kategori identiti sosial lain.
Akhir sekali, minta para untuk mewarnakan identiti dominan mereka dalam lingkaran luar dan dalam. Sebagai contoh, sekiranya identiti sosial agama mereka ialah Islam dan Islam juga ialah identiti dominan, minta para peserta untuk menggunakan warna yang sama untuk mewarna kedua-dua bulatan.
Bunga-bunga tersebut kemudian ditampalkan di dinding untuk dibentangkan kepada peserta-peserta dalam sesi tersebut.
Aktiviti ini boleh dilakukan melalui aplikasi melukis online atau atas talian.
Fasilitator boleh bertanyakan kepada para peserta berkenaan aspek identiti yang dimasukkan dalam lukisan bunga identiti.
Bagaimana keadaan identiti-identiti dalam bunga identiti tersebut sepanjang hidup para peserta?
Apakah identiti-identiti sosial yang anda lebih atau kurang ketahui? Adakah identiti-identiti ini dominan atau tidak dominan?
Bagaimana bunga identiti tersebut mempengaruhi hubungan dan persepsi peserta terhadap orang lain atau satu-satu perkara?
Apakah ciri-ciri atau identiti diri yang bersamaan atau berbeza dalam kalangan peserta? Bagaimanakah identiti tersebut bertindan atau bercanggah dengan peserta yang lain?
Berdasarkan persamaan identiti yang ada, bagaimanakah para peserta boleh bekerjasama untuk membina gerakan untuk perubahan? Apakah yang menjadi asas untuk menghasilkan ikatan bersama individu yang mempunyai identiti-identiti yang berbeza?
Latihan ini boleh membawa perasaan introspektif, sedih, tidak berdaya, bersalah dan sebagainya. Adalah amat penting untuk fasilitator atau nara sumber untuk memerhati perkara ini dan menyediakan ruang untuk mereka berkongsi pandangan serta perasaan mereka. Selain itu, anda juga boleh memacu perbincangan tentang apakah yang boleh kita gunakan keistimewaan atau kuasa kita untuk kebaikan bersama, bagaimanakah kita boleh mengangkat suara-suara yang selalunya tidak didengar, dan sebagainya.