> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://rainbowforward.gitbook.io/pusat-sumber-rainbow-forward/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://rainbowforward.gitbook.io/pusat-sumber-rainbow-forward/modul-intersectionality-1/modul-2-intersectionality/aktiviti-2-bunga-identiti/nota-fasilitator.md).

# Nota fasilitator

**Identiti manusia bersifat kompleks, bertindih dan saling berkait**&#x20;

Aktiviti ini menunjukkan bagaimana identiti-identiti kita saling berkait. Sekiranya, identiti-identiti seseorang lebih terdiri daripada kumpulan dominan, maka, kehidupan sosial mereka, peluang, dan tahap diskriminasi yang mereka alami mungkin berbeza daripada seorang yang identitinya terdiri daripada lebih banyak kumpulan minoriti atau bukan dominan.&#x20;

Terdapat juga situasi di mana, walaupun majoriti identiti-identiti seseorang itu dalam kategori kumpulan dominan tetapi satu atau dua identiti dalam kumpulan minoriti boleh mengubah keseluruhan hidup mereka. Sebagai contoh, gender dan orientasi seksual. Seorang perempuan atau lelaki transgender Melayu walaupun daripada kumpulan majoriti dari segi kategori etnik, kedudukan minoriti identiti gender mereka meletakkan mereka dipinggiran masyarakat.&#x20;

Oleh yang demikian, perlu diingati bahawa untuk mencapai kesaksamaan dan keadilan yang bermakna serta menyeluruh, diskriminasi berasaskan setiap identiti atau kategori sosial ini haruslah diatasi untuk mencapai kesaksamaan yang bermakna.&#x20;

**Bagaimanakah untuk menentukan kumpulan dominan?**&#x20;

Kumpulan dominan selalunya mempunyai kuasa yang lebih tinggi secara individu dan kolektif dalam masyarakat. Sebagai contoh, dalam masyarakat atau struktur kerajaan siapakah yang terlibat dalam proses membuat keputusan? Atau adakah satu-satu kumpulan agama atau etnik lebih berkuasa daripada kumpulan etnik lain? Sama juga dengan gender, umur, kewargenegaraan, keupayaan dan sebagainya.&#x20;

Mungkin ada peserta yang akan menyatakan bahawa terdapat kumpulan-kumpulan minoriti atau mereka sendiri menduduki peranan atau jawatan yang tinggi. Dalam situasi ini, penting untuk kita memperakui kejayaan mereka dan juga membuka ruang untuk perkongsian berkenaan pengalaman mereka sebagai minoriti dalam kumpulan majoriti.

Penting untuk fasilitator tekankan bahawa pencapaian seorang individu untuk memecah monopoli kuasa adalah penting dan boleh membuka ruang untuk perubahan yang lebih besar atau menyeluruh. Tetapi, hal ini mungkin tidak berlaku dalam semua situasi. Kadang-kadang pencapaian individu tidak memberi kesan menyeluruh atau kolektif.

{% hint style="info" %}
Tokenisme merujuk usaha acuh tak acuh atau simbolik dalam menunjukkan sifat inklusif kepada individu daripada kumpulan minoriti
{% endhint %}

**Bagaimana untuk menggunakan kuasa anda demi kebaikan bersama?**&#x20;

Kedekatan identiti dengan kumpulan dominan membentuk kuasa yang anda ada dalam masyarakat dan keistimewaan yang anda dapat perolehi. Anda boleh menggunakan kuasa dan kesitimewaan anda untuk, antara lain&#x20;

* Bersuara tentang ketidakadilan dan penindasan yang anda lihat terhadap orang lain&#x20;
* Membuka ruang untuk penyertaan dan penglibatan mereka daripada kumpulan minoriti&#x20;
* Menyokong insiatif daripada kumpulan minoriti&#x20;


---

# Agent Instructions
This documentation is published with GitBook. GitBook is the documentation platform designed so that both humans and AI agents can read, navigate, and reason over technical content effectively. Learn more at gitbook.com.

## Querying This Documentation
If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://rainbowforward.gitbook.io/pusat-sumber-rainbow-forward/modul-intersectionality-1/modul-2-intersectionality/aktiviti-2-bunga-identiti/nota-fasilitator.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
