Metodologi

Cara pengendalian aktiviti

  1. Sesi ini berpandukan slaid. Sila rujuk kepada slaid di bawah

  2. Untuk memulakan sesi, jemput para peserta untuk memberikan pandangan para peserta berkenaan kuasa yang mereka tahu atau lihat dalam gambar yang dipaparkan.

  3. Kemudian terangkan jenis-jenis kuasa. Anda juga boleh kaitkan bagaimana jenis-jenis kuasa tersebut memberi kesan kepada penglibatan dan penyertaan orang ramai dalam sesuatu perkara. Ada juga boleh kaitkan kesan kuasa sedemikan terhadap individu LGBTIQ+. Ada juga boleh menggunakan soalan-soalan ini untuk mewujudkan interaksi antara peserta dalam sesi ini.

  4. Setelah selesai penerangan anda, anda boleh sama ada melakukan perbincangan kumpulan besar atau bahagikan para peserta kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan gambar-gambar lain yang menunjukkan kuasa. Hal ini untuk mengukuhkan maklumat yang mereka telah terima.

  5. Setiap kumpulan diberikan beberapa gambar. Dalam setiap kumpula, para peserta diminta untuk mengenal pasti jenis kuasa yang dapat dilihat dalam gambar-gambar yang diberikan.

  6. Setelah perbincangan kumpulan tamat, sila jemput para peserta untuk membentangkan perbincangan mereka.

  7. Seterusnya, terangkan apa itu keistimewaan atau privilege berpandukan slaid. Semasa menerangkan privilege anda juga boleh melakukan perbincangan kumpulan besar berkenaan siapakah kumpulan-kumpulan yang dominan datau mempunyai kuasa yang lebih besar dalam masyarakat.

  8. Akhiri perbincangan dengan merumuskan perkara-perkara penting.

Last updated