Metodologi
Cara pengendalian aktiviti
Aktiviti ini boleh dikendalikan melalui beberapa kaedah.
Berikan arahan aktiviti kepada para peserta. Dalam aktiviti ini, bergantung kepada ruang yang anda ada, minta peserta untuk bergerak atau melakukan aksi berikut setelah fasilitator membaca satu-satu kenyataan. Sekiranya mereka mendapati kenyataan tersebut
Bacakan kenyataan (seperti di bawah) satu demi satu. Anda boleh melakukan perbincangan kecil dengan para peserta selepas setiap kenyataan.
Pada akhir sesi, rumuskan perkara-perkara penting.
Agihkan kertas kepada para peserta. Minta para peserta untuk melukis tiga lajur (columns) di atas kertas masing-masing. Tandakan setiap lajur sebagai: Soalan, Sebelum, dan Selepas.
Berdasarkan pernyataan yang diberikan, peserta dikehendaki untuk melabel pernyataan tersebut sama ada “fakta” atau “mitos” di ruang “sebelum”. Minta para peserta untuk menyimpan kertas masing-masing.
Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan satu atau dua penyataan yang berbeza.
Dalam kumpulan kecil, para peserta diminta untuk bincang sama ada kenyataan yang diberikan adalah fakta atau mitos. Mereka juga harus memberikan sebab untuk menyokong penentuan mereka.
Contoh kenyataan yang boleh diutarakan
Seks dan gender itu adalah sama.
Individu LGBT mengalami masalah mental, dan ini merupakan salah ibu bapa mereka.
Individu interseks mempunyai dua jenis alat kelamin.