arrow-left

All pages
gitbookPowered by GitBook
1 of 6

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Terminologi

  • Identiti gender merujuk kepada pengalaman mendalam yang dirasai oleh setiap individu berkenaan identiti gender mereka, yang mungkin atau mungkin tidak sepadan dengan identiti yang diberikan semasa lahir. Hal ini termasuklah perasaan mereka terhadap tubuh badan (yang mungkin melibatkan, jika dipilih secara bebas, pengubahsuaian penampilan atau fungsi badan melalui proses perubatan, pembedahan. atau cara lain) dan penzahiran gender menerusi, pakaian, pertuturan dan perbuatan atau pergerakan tubuh badan.

  • Transgender, trans. Transgender merujuk kepada seseorang yang mendapati gender yang diberikan ketika lahir tidak selaras dengan pengalaman hidupnya.

    Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan, tidak selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

    Transgender merupakan istilah yang digunakan sebagai istilah payung (‘umbrella term’) untuk merangkumi individu yang mendapati naluri, perasaan, cara dia melihat diri sendiri, dan pengalaman hidup mereka tidak selaras dengan jantina (seks) dan/atau gender yang diberikan selepas lahir.

    Transgender merangkumi kepelbagaian, dan bukan semua individu transgender mahu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan bagi mengukuhkan identiti gender mereka.

  • Trans woman or woman. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai perempuan. Juga dikenali sebagai mak nyah di Malaysia

  • Trans man or man. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki.

  • Transsexual. Transeksual merupakan istilah lama yang merujuk secara khusus kepada individu yang mahu menjalani transisi secara perubatan, iaitu menjalani terapi hormon dan/atau pembedahan untuk mengukuhkan identitinya.

    Transeksual bukan istilah payung (‘umbrella term’) seperti transgender. Bukan semua orang menggelarkan diri mereka transsexual, terutama sekali dengan adanya istilah baharu yang lebih digemari, seperti trans woman, trans man, dan individu transgender. Sila bertanya kepada individu berkenaan istilah yang mereka gunakan untuk menggelarkan diri mereka.

  • Pengkid. Seorang yang mengidentifikasikan dirinya sebagai lelaki atau identiti yang maskulin.

  • Gender queer, gender fluid. Gender queer merujuk kepada seorang yang melihat dirinya sebagai kombinasi gender atau tidak melihat atau mengidentifikasikan dirinya sebagai mana-mana gender.

  • Gender diverse. Terma payung yang digunakan untuk merangkumi golongan non-binary, gender fluid, gender non-conforming dan sebagainya

  • Cisgender. Cisgender merujuk kepada seseorang yang merasakan gender yang diberikan kepadanya semasa lahir selaras atau secocok atau selari dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

    Sebagai contoh, seorang bayi yang diberikan gender perempuan berdasarkan alat kelaminnya, mendapati gender yang diberikan oleh doktor, iaitu perempuan — selaras dengan naluri, perasaan, cara dia melihat dirinya sendiri, dan pengalaman hidupnya.

  • Orientasi seksual merujuk kepada tarikan seksual dan/atau romantik.

  • Lesbian – merujuk kepada perempuan (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/atau seksual terhadap perempuan (cisgender dan transgender)

  • Gay – merujuk kepada lelaki (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/atau seksual terhadap lelaki (cisgender dan transgender)

  • Ciri-ciri seks atau jantina - ciri-ciri fizikal seseorang berkenaan seks, termasuklah genital atau alat kelamin dan anatomi reproduktif lain, kromosom serta hormon, dan ciri-ciri fizikal lain yang mungkin hadir disebabkan akil baligh. Adalah penting untuk memahami kedua-dua seks dan identiti gender. Perlu ditegaskan di sini bahawa tubuh badan kita tidak menentukan identiti gender kita.

  • Interseks - Individu interseks lahir dengan ciri-ciri seks (termasuklah genital atau alat kelamin, gonad dan corak kromosom) yang di luar pemahaman binari tubuh badan lelaki dan perempuan. Interseks ialah terma payung yang digunakan untuk menjelaskan variasi tubuh badan yang pelbagai. Individu interseks juga mempunyai identiti gender, ekspresi gender dan orientasi seksual.

Ekspresi gender merujuk kepada cara kita menzahirkan gender kita melalui tindakan dan perwatakan, termasuklah pemakaian, percakapan dan tingkah laku. Ekspresi gender seseorang tidak semestinya 'selari' dengan seks, identiti gender atau orientasi seksual.

  • Biseksual – merujuk kepada seseorang (cisgender dan transgender) yang tertarik secara romantik dan/ seksual terhadap lelaki dan perempuan

  • Queer – boleh merujuk kepada orientasi seksual dan identiti gender. Daripada orientasi seksual merujuk kepada tarikan romantik dan/atau seksual yang tidak ditentukan oleh identiti seseorang

  • Panseksual – merujuk kepada seseorang yang tertarik secara romantik dan/atau seksual kepada mana-mana orang tanpa mengira identiti atau ekspresi gender mereka

  • Aseksual – merujuk kepada seseorang yang tiada atau mempunyai kurang tarikan seksual terhadap orang lain

  • Aktiviti 2: Label

    hashtag
    Apakah yang anda boleh jangka daripada aktiviti ini?

    Memahami terma SOGIESC dan terma-terma yang digunakan dalam payung LGBTIQ++.

    hashtag
    Apakah mesej utama atau perkara yang perlu disampaikan?

    • Memahami perbezaan antara orientasi seksual, identiti gender, ekspresi gender dan seks serta istilah yang termasuk dalam kategori tersebut.

    • Semuanya terletak dalam spektrum, bukan binari (Everything is a spectrum, not binary).

    Metodologi

    hashtag
    Cara pengendalian aktiviti

    1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil.

    2. Minta setiap kumpulan untuk tuliskan dalam kertas kecil seberapa banyak istilah yang mereka tahu berkaitan dengan SOGIESC. Ingatkan para peserta untuk gunakan satu kertas untuk satu istilah.

    3. Kemudian minta para peserta untuk mengkategorikan istilah yang mereka tulis mengikut kategori berikut di atas kertas mahjong:

    circle-info
    • Orientasi seksual

    • Identiti gender

    1. Fasilitator juga boleh meminta para peserta untuk menandakan istilah-istilah yang membawa maksud negatif, melecehkan atau menghina.

    2. Setiap kumpulan dijemput untuk membentangkan perbincangan mereka. Pembentangan boleh dibuat mengikut kumpulan atau mengikut kategori. Sebagai contoh, fasilitator boleh meminta semua kumpulan untuk membentangkan ciri-ciri seks dan identiti dalam kategori tersebut.

    hashtag
    Perbincangan

    Dalam perbincangan aktiviti ini, fasilitator boleh mengemukakan soalan-soalan berikut:

    • Adakah sifat atau ciri-ciri yang dikenalpasti hanya eksklusif untuk lelaki atau perempuan sahaja?

    • Dari manakah datangnya idea-idea ini? Adakah idea-idea ini selari dengan realiti kehidupan kita dan realiti berkenaan kepelbagaian?

    • Apakah tubuh badan, identiti dan ekspresi kita hanya terhad kepada dua model (model perempuan dan model lelaki) sahaja?

    Dalam perbincangan betulkan maklumat yang tidak tepat. Seterusnya, perkenalkan konsep stereotaip, konstruk sosial, dan binari. Akhir sekali, rumuskan perkara-perkara penting.

    Ekspresi gender
  • Ciri-ciri seks

  • Apakah kesan daripada idea-idea ini di dalam kehidupan seharian, persepsi umum dan adakah ia mempengaruhi penggubalan polisi dan undang-undang?

    Rujukan

    Bahagian ini mengandungi pautan rujukan buat fasilitator.

    Objektif & apa yang diperlukan?

    hashtag
    Objektif

    • Memahami apa itu orientasi seksual, identiti gender, ekspresi gender dan ciri-ciri seks

    • Memahami terminologi berkenaan SOGIESC

    hashtag
    Pengagihan Masa

    75 minit

    hashtag
    Bahan yang diperlukan

    • Kertas mahjong

    • Kertas kecil atau stick it note

    • Pen penanda (marker pen)

    hashtag
    Format

    Kerja berkumpulan

    Nota fasilitator

    Istilah-istilah yang tergolong dalam lebih daripada satu kategori.

    • ‘Queer’ boleh digunakan untuk merujuk kepada orientasi seksual dan gender. Queer juga digunakan sebagai terma payung untuk merujuk kepada semua dalam spektrum LGBTIQ+

    • Pengkid boleh digunakan sebagai identiti gender dan ekspresi gender. Pengkid boleh digunakan untuk merujuk kepada lelaki trans, trans maskulin, lesbian butch, individu bukan binari, dan individu yang diberikan (assigned) identiti perempuan semasa lahir yang mengekspresikan diri secara maskulin.

    Penggunaan label dalam Bahasa Melayu (BM).

    • BM ialah sebuah bahasa yang tidak bergender seperti bahasa Inggeris, Arab, Perancis atau bahasa-bahasa bergender lain. BM mempunyai sistem pengganti kata nama yang inklusif, seperti 'dia' dan beliau', berbanding dengan bahasa Inggeris yang menggunakan kata ganti nama bergender seperti 'he', 'she', 'they'. Walau bagaimanapun, terdapat penggunaan isitilah yang menunjukkan hierarki atau pangkat berdasarkan gender seperti cik, puan, tuan, encik, kakak, abang, dan lain-lain.

    • Penting untuk diakui bahawa banyak istilah yang kita bincangkan adalah dalam bahasa Inggeris dan kadang-kadang terdengar janggal ketika diterjemahkan.

    • Istilah seperti interseks, transgender, lesbian, gay, biseksual,

    Evolusi bahasa dan istilah dalam BM di Malaysia.

    Pondan digunakan sebagai istilah payung untuk menggambarkan seorang lelaki yang diberikan identiti (assigned) lelaki semasa lahir yang mengekspresikan diri mereka secara feminin, dan juga kepada perempuan trans dan lelaki queer. Pada tahun 80-an, komuniti perempuan trans di Malaysia memperkenalkan istilah mak nyah.

    hashtag
    Penggunaan istilah 'sex' dan 'gender'

    • ‘Sex’ diterjemahkan sebagai seks (ciri-ciri seks) atau jantina dalam BM. Manakala ‘gender’ kekal gender dalam BM.

    • 'Sex' adalah seperti bekas atau kotak, manakala 'gender' adalah kandungan dalam bekas tersebut. Seseorang kadang-kadang dapat meneka apa yang ada di dalam sesuatu bekas dengan melihatnya dari luaran, tetapi tekaan mereka mungkin tidak betul. Satu-satunya cara untuk seseorang mengetahui adalah dengan bertanyakan tuan bekas itu. Selain itu, walaupun ada bekas dengan ukuran atau jenis yang sama, mereka mungkin berhias atau dipersembahkan dengan cara yang berbeza, yang mencerminkan keperibadian mereka.

    • Seks atau jantina tidak merujuk hanya kepada genital atau alat kelamin kita sahaja. Seks adalah gabungan organ reproduktif luaran dan dalaman, kromosom, hormon, dan ciri seks sekunder. Terdapat banyak jenis kromosom seks lebih daripada XX dan XY.

    circle-info

    Penting untuk ditekankan bahawa semua tubuh badan adalah sebahagian fitrah semulajadi yang cantik dan unik. Tiada satu pun tubuh badan atau diri yang sama. Penting untuk diperhatikan bahawa individu LGBTIQ+ mempunyai hak yang sama untuk membina keluarga, dan juga hak kesihatan, termasuklah: hak-hak kesihatan seksual dan reproduktif yang sama rata.

    gender diverse
    dan lain-lain yang selalu kita gunakan merupakan bahasa advokasi. Akan tetapi, terdapat banyak lagi istilah atau terma yang digunakan oleh komuniti LGBTIQ+ dan masyarakat. Terma-terma ini juga mungkin berbeza-beza berdasarkan lokasi geografi, etnik, kelas, umur, dan banyak lagi.
  • Istilah sedia ada berkenaan individu LGBTIQ+ dalam BM juga wujud dalam masa yang berbeza dan mungkin tidak menggambarkan kerumitan dan kepelbagaian identiti seperti yang kita ketahui sekarang. Oleh itu, proses mencari dan mencipta bahasa baharu adalah proses yang sentiasa berevolusi. Sebagai contoh, tidak ada terjemahan atau istilah untuk bukan binari dalam BM walaupun individu bukan binari sememangnya telah wujud dalam pelbagai komuniti berbeza atau menggunakan bahasa lain untuk menggambarkan diri mereka.

  • Seks juga dibina secara sosial (socially constructed) berdasarkan jenis badan, persepsi fungsi reproduktif berdasarkan genital yang boleh dilihat, dan lain-lain. Fahaman umum berkenaan seks bersifat binari dan mengukuhkan norma-norma binari – sebagai contoh, seseorang yang ditentukan lelaki semasa kelahiran mestilah lelaki cisgender, heteroseksual, dan membawa diri mereka dengan cara maskulin.

  • Fahaman (construct) ini memberi kesan buruk kepada individu interseks atau orang lain yang mungkin tidak tergolong dalam badan binari lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, bayi dan kanak-kanak interseks yang terpaksa mengalami ‘pembedahan menormalkan’ (normalising surgeries) atau ‘mutilasi genital interseks’ (intersex genital mutilation) untuk 'membetulkan diri mereka' agar sesuai dengan acuan binari lelaki-perempuan.

  • Di samping itu, terdapat juga anggapan bahawa seks dan gender adalah sama. Kesannya, terdapat dinamik kuasa yang tidak sama antara orang dalam kategori gender yang berbeza. Sebagai contoh, perempuan transgender mempunyai kuasa dan suara yang terhad dalam masyarakat kerana mereka dianggap berada di luar kategori binari gender. Seorang perempuan yang mengekspresikan diri mereka dengan cara maskulin, atau lelaki yang memakai skirt atau mengekspresikan diri mereka dengan cara feminin dikritik oleh masyarakat kerana tidak mematuhi norma gender.

  • Gender adalah istilah payung yang merangkumi identiti gender, ekspresi gender, peranan gender dan banyak lagi. Gender mempunyai pelbagai dimensi. Ini merujuk kepada identiti seseorang, seperti bagaimana mereka melihat diri mereka di sepanjang spektrum perempuan atau lelaki, semuanya, atau tidak langsung. Genital (atau alat kelamin) seseorang tidak mewakili identiti gender mereka.

  • Orientasi seksual pula merujuk kepada tarikan seksual dan/atau romantik.

  • Khunsa, Interseks, Transgender & Konotasi Pemahaman - Queer LapisQueer Lapischevron-right
    Artikel dalam BM berkenaan individu interseks dan transgender
    Queer Lapis Glossary: A Friendly Guide to the L, G, B, T, Q, plus plus! - Queer LapisQueer Lapischevron-right
    Definisi bagi LGBTIQ terdapat dalam BM
    What issues do intersex people face in Malaysia? - Queer LapisQueer Lapischevron-right
    Mengandungi maklumat ringkas berkenaan isu-isu yang dialami oleh individu interseks di Malaysia
    Media guides | Panduan media BM & chinese languagejusticeforsisterschevron-right
    Panduan media ini mengandungi glosari
    UPDATE: gender bear now in BM, Chinese language & Englishjusticeforsisterschevron-right
    Gender Bear by Justice For Sisters Terdapat dalam Bahasa Melayu dan Mandarin
    Logo
    https://www.ohchr.org/en/issues/discrimination/pages/bornfreeequalbooklet.aspxwww.ohchr.orgchevron-right
    Mengandungi sumber maklumat berkenaan golongan LGBTI menerusi kerangka hak asasi manusia
    Logo
    UN Free & Equalwww.unfe.orgchevron-right
    Mengandungi sumber maklumat berkenaan golongan LGBTI menerusi kerangka hak asasi manusia
    https://www.genderbread.orgwww.genderbread.orgchevron-right
    Genderbread Person v4.0 by Sam Killermann (2012). Terdapat juga worksheet genderbread person untuk latihan
    Logo
    Logo
    Logo
    Logo