Panduan untuk pengundi LGBTIQ+ di Malaysia
Panduan ini bertujuan untuk membantu pengundi LGBTIQ di Malaysia memahami hak mereka mengenai pilihan raya umum dan apa yang boleh mereka lakukan jika mereka menghadapi diskriminasi
For english version, click here
Adakah golongan LGBTIQ mempunyai hak untuk mengundi?
Ya. Hak golongan LGBTIQ+ untuk mengundi serta penyertaan mereka dalam politik dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap warganegara yang berumur 18 tahun layak mengundi di tempat mereka bermastautin, dan dalam mana-mana pilihan raya bagi DUN atau Parlimen.
Hak untuk mengundi berada di bawah Perkara 21 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) mengenai hak untuk penyertaan politik dan awam. Hak ini termasuk
Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya.
Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah memenuhi hak pengundi secara sejagat dan samarata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui kaedah pengundian bebas yang ketara.
Hak mengundi dan pilihan raya berkala yang bebas serta adil berkait dengan hak asasi manusia berikut
hak untuk bebas daripada diskriminasi; (dijamin di bawah Perkara 8 (1) & (2) Perlembagaan Persekutuan)
hak untuk bebas bercakap dan bersuara; (dijamin di bawah Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan)
hak untuk bebas berpersatuan dan berhimpun secara aman; (dijamin di bawah Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan)
hak untuk bebas bergerak (dijamin di bawah Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan)
Adakah golongan LGBTQ+ mengambil bahagian dalam pilihan raya?
Ya, ramai yang menggunakan hak mereka untuk mengundi. Tetapi, golongan LGBTIQ+ dikhak mereka sebagai pengundi secara tidak langsung tanpa mereka sedari. Pertama, kajian menunjukkan golongan LGBTIQ+ di Malaysia, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar, adalah terpinggir dan terputus hubungan antara satu sama lain, dan tidak dapat mengakses perkhidmatan sokongan, antara lain. Kedua, mereka tidak mengundi secara kolektif dengan menilai pendirian calon dan parti politik dalam isu berkaitan LGBTIQ atau sebagai satu kelompok pengundi.
Penyertaan politik golongan LGBTIQ+ selalunya terhad kepada pengundian. Pada masa lalu, golongan atau mereka yang dianggap sebagai lesbian, gay, biseksual, trans, interseks dan queer dinafikan daripada memegang jawatan dalam kerajaan atau menghadapi halangan, cabaran dan kekurangan kerjasama dalam menjalankan tugas mereka.
Apakah halangan yang dihadapi oleh golongan LGBTQ+ dalam mengambil bahagian dalam pilihan raya dan proses demokrasi?
Di Malaysia, golongan LGBTQ+ diketepikan daripada proses demokrasi disebabkan, antara lain, sentimen anti-LGBTQ yang melampau oleh ahli politik. Ini ditambah pula dengan kekurangan perubahan positif dalam kehidupan golongan LGBTIQ walaupun mereka mengundi dalam pilihan raya telah meningkatkan kekecewaan dan kehilangan minat dalam kalangan pengundi LGBTIQ. Sebaliknya, ramai yang memilih untuk berhijrah atau mencari suaka. Tinjauan Justice for Sisters pada tahun 2022 dengan 220 orang responden menunjukkan naratif anti-LGBT telah menyebabkan 38.6% daripada mereka memikirkan atau membuat rancangan untuk berhijrah atau mencari suaka.
Sama juga, 72 daripada 100 responden trans dan interseks dari Kuala Lumpur dan Selangor yang mengambil bahagian dalam kajian SUHAKAM melaporkan bahawa mereka terfikir untuk berhijrah ke negara yang mempunyai perlindungan yang terbuka dan lebih baik untuk golongan trans, di mana mereka boleh menukar penanda gender mereka dalam dokumen undang-undang, mempunyai akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan trans, mengekspresikan diri mereka tanpa ragu atau rasa takut, antara lain
Selain menyertakan sentimen anti-LGBT dalam kempen politik Perikatan Nasional (PN), Justice for Sisters melalui pemantauan pilihan rayanya mendapati penggunaan taktik intimidasi oleh PN semasa hari penamaan calon. Dalam sebuah video di Tik Tok, yang telah dipadamkan, penyokong PN dilihat menjerit dan melaungkan ‘hapus LGBT’ kepada penyokong Pakatan Harapan yang berada di seberang jalan. Ini juga mungkin menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan.
Ketiadaan pengiktirafan gender yang sah menjadi penghalang bagi golongan trans dan gender pelbagai untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya dan proses demokrasi.
Apakah halangan yang dihadapi oleh golongan trans dan gender pelbagai?
Ketiadaan pengiktirafan terhadap golongan trans dan gender pelbagai & ketidakmampuan mereka untuk menukar nama dan penanda gender dalam kad pengenalan (IC) mereka memberikan halangan tambahan kepada golongan trans untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya dan politik.
Hal ini menyebabkan sesetengah dari mereka berasa teragak-agak untuk mengundi kerana mereka akan dipaksa untuk mendedahkan identiti gender mereka kepada pegawai pilihan raya, dan mungkin kepada orang lain di pusat mengundi, kerana nama dalam daftar pemilih muncul mengikut nama dan penanda gender seperti dalam kad pengenalan (IC).
Risiko diskriminasi, penghinaan dan layanan yang menjatuhkan maruah kerana tiada pengiktirafan gender yang sah adalah halangan yang ketara bagi golongan trans dan gender pelbagai untuk mengambil bahagian dalam ruang awam dan politik. Semasa kempen vaksinasi COVID-19, beberapa orang trans telah dirakam secara rahsia dan disiarkan di platform media sosial oleh pengguna dalam talian apabila nama mereka dipanggil oleh kakitangan di pusat vaksinasi. Oleh yang demikian, ada yang takut akan risiko menghadapi diskriminasi dan gangguan di pusat mengundi dan di ruang dalam talian.
Di negara yang membenarkan pengiktirafan gender yang sah atau legal gender recognition (LGR), selain dari menggariskan kriteria dan proses untuk menukar nama dan penanda gender seseorang, LGR tersebut juga memastikan perlindungan privasi yang lebih luas, antara hak lain, termasuklah dengan memastikan perubahan automatik butiran merentas semua rekod negara. Sebagai contoh, di New Zealand, Suruhanjaya Pilihan Raya akan dimaklumkan secara automatik berikutan perubahan butiran dalam dokumen undang-undang.
Bolehkah saya dinafikan hak untuk mengundi kerana saya seorang trans, bukan binari, atau pelbagai gender?
Tidak, anda tidak boleh dinafikan hak untuk mengundi berdasarkan gender anda. Ia adalah pelanggaran hak anda di bawah Perkara 8 (1) & (2) Perlembagaan Persekutuan. Ia juga melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, pegawai pilihan raya boleh meminta golongan trans dan gender pelbagai untuk mengisi Borang 11 jika terdapat perbezaan antara gambar pada IC anda dan penampilan anda dalam kehidupan sebenar. Berdasarkan pengumpulan maklumat kami yang terhad, bukan semua individu transgender yang diminta untuk mengisi Borang 11 dalar pilihan raya lepas.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi diskriminasi oleh pegawai pilihan raya kerana saya seorang trans, bukan binari atau queer?
Adalah penting untuk merakam, mencatat, atau mengingati butiran penting mengenai kejadian yang mendiskriminasi. Sebagai contoh, nama pegawai, masa kejadian, dsb.
Anda mempunyai beberapa pilihan
Maklumkan kepada pemantau pilihan raya lain yang kelihatan mesra di pusat mengundi
Berdasarkan butiran yang anda ingat, anda boleh memfailkan aduan kepada
SUHAKAM, institusi hak asasi manusia kebangsaan
Buat laporan polis bergantung pada tahap keparahan situasi
Kongsi pengalaman anda dengan PEMANTAU, sebuah laman web pemantauan pilihan raya oleh Bersih untuk laporan pemantauan PRU15 mereka
Justice for Sisters sedang memantau kesalahan pilihan raya dan LGBTfobia semasa pilihan raya ini bersama-sama kumpulan lain. Kami berminat untuk mendokumentasikan pengalaman anda, membincangkan pilihan untuk menebus hak anda dan menghalakan anda kepada perkhidmatan sokongan bergantung pada keperluan anda. E-mel kami di justiceforsisters@protonmail.com dan DM kami di @justice_sisters
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi diskriminasi oleh pengundi lain kerana saya seorang trans, bukan binari atau queer? Sebagai contoh, bagaimana jika saya dirakam dan diviralkan di Tik Tok? Atau, mengganggu saya?
Adalah penting untuk diingati bahawa penggunaan ugutan, gangguan dan keganasan adalah satu kesalahan pilihan raya. Jika anda menghadapi gangguan atau pelanggaran privasi, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan
Laporkan atau maklumkan kepada pemantau dan pegawai pilihan raya tentang kejadian tersebut, sama ada gangguan atau keagresifan,
Buat laporan polis
Kongsi pengalaman anda melalui PEMANTAU, sebuah laman web pemantauan pilihan raya oleh Bersih.
Dalam konteks gangguan di media sosial, anda boleh
Laporkan video tersebut ke platform media sosial. Anda juga boleh mengakses sokongan daripada talian bantuan Access Now
Laporkan kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) atau buat laporan polis terhadap pemilik akaun kerana gangguan dan pelanggaran privasi, menyebabkan ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan anda, menyasarkan anda dengan niat diskriminasi atau prejudis untuk memalukan dan mengaibkan anda secara terbuka
Kongsikan pengalaman anda melalui laman web pemantauan ucapan kebencian CIJ
Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda dengan Justice for Sisters. Kami berminat untuk mendokumentasikan pengalaman golongan LGBTIQ+ di pusat mengundi dan Pilihan Raya Umum untuk membantu kami menambah baik dan menjadikan proses pilihan raya lebih selamat dan lebih inklusif untuk golongan LGBTIQ+. E-mel kami di justiceforsisters@protonmail.com dan DM kami di @justice_sisters
Dalam keadaan apakah saya boleh dinafikan hak untuk mengundi?
Anda boleh dinafikan daripada mengundi dalam empat keadaan
Jika anda enggan menunjukkan jari telunjuk anda kepada mereka
Jika anda enggan untuk dicelup dakwat kekal
Jika jari telunjuk anda sudah mempunyai dakwat kekal
Jika terbukti anda telah pun mengundi dalam daftar pemilih. Kejadian ini dikenali sebagai pengundian hantu. Ia adalah satu kesalahan pilihan raya.
Pegawai pilihan raya perlu mengisi Borang 10A. Anda boleh mendapatkan salinan borang untuk diri anda sendiri. Anda boleh menggunakan Borang 10A tersebut untuk memfailkan petisyen pilihan raya selepas pilihan raya.
Siapa lagi yang menghadapi halangan ketika mengundi?
Golongan kurang upaya menghadapi halangan tambahan berkenaan pengundian. Orang buta dan lain-lain mempunyai kekurangan upaya dari segi penglihatan perlu bergantung kepada pihak ketiga untuk membuang undi, kerana kertas undi tidak tersedia dalam braille. Orang buta dan lain-lain mempunyai kekurangan upaya dari segi penglihatan digalakkan untuk ditemani oleh orang yang dipercayai yang akan dapat membantu mereka dalam proses membuang undi.
Orang yang buta atau lain-lain mempunyai kekurangan upaya dari segi penglihatan akan dikehendaki untuk mengisi Borang 10, satu borang kebenaran untuk membolehkan orang yang dipercayai membantu mereka membuang undi.
Sumber
Untuk maklumat lanjut tentang pilihan raya umum Malaysia ke-15, rujuk panduan berguna ini
GE15 oleh kini news https://newslab.malaysiakini.com/ge15/en/
10 langkah pengundian https://www.astroawani.com/video-malaysia/infografik-pru15-10-langkah-pengundian-1996057
Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di pusat mengundi
PEMANTAU https://pemantau.org
CIJ's hate speech monitoring website https://cijmalaysia.net/election-monitoring/
Apakah yang perlu diketahui golongan LGBTIQ+ di Malaysia menjelang PRU 15 https://justiceforsisters.wordpress.com/2022/11/10/resources-what-should-lgbtiq-people-malaysia-know-do-ahead-of-ge15/
Borang 10 & 11 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Bagaimanakah perasaan golongan LGBTIQ+ terhadap politik di Malaysia
Pendirian gabungan & parti politik berkenaan isu & hak LGBTIQ+
Last updated